Selasa, 24 April 2012

Pencadang & Pemerhati

Ain baru khabarkan, Mungkin kita pembangkang.
Aku gelak!hhahahahhaha.. (rajin sunggoh kawan baik hang bagi tau hang,hang pulak bagi tau aku pagi-pagi buta nie! Memang tak ada kerja).
Jom santap makanan jiwa orang jalanan meluah rasa.

* Channel 1*

cakap.
dan selesai.
macam perlu sangat cakap--
macam terlalu perlu membuktikan pandai.
tuan penasihat tak berjemput--
aku panggil golongan begini.
so uncalled for.

aku ada sebab kenapa aku tak suka berkawan rapat sangat.
bila kita ada kawan rapat, kita vulnarable.
kita izinkan dinding besi perisai tubuh kita dibawahkan.
kita bukakan jantung kita untuk diacu tepat dek lembing beracun lipan.



call it whatever you want.
trust issues.
inferior.
what have you.



aku begitu selalu lekas2 mahu lari dari tuan2 penasihat tak berjemput begini. kau takkan jumpa manusia tak kau kenal melukut di tepi bertiba2 memberi cakap2 dan nasihat berguni2.

itu orang gila.
hanya orang yang seolah2 mengenali engkau akan sibuk2 memberi kata2 seperti dia lebih tahu segalanya. dan orang2 sebegitu akan lekas singgungnya bila tidak kau turut dan angguk padanya.

itu;
menjadikan kita gila.
cakap memang senang.
cakap.
dan siap.



yang kelakarnya:
asyik dia yang nasihat kita.
kita?
baru bukak mulut dah dipengkes sampai hilang kata.

cakap main taram--
cakap pakai hentam--
kata orang kampung.



MEMANGLAH jawapannya ada dalam buku.
semua ADA.
apa jua jawapan yang baik2 dan mulia--
ITULAH jawapannya.

atau, kalau mau bagi jawapan yang terus potong SEMUA soalan--
jawab dengan respon agama.
solat.
sedeqah.
amal jariah.
puasa.

selesai.

cakap senang la.
itu sebab kadang2 seronok pulang paku buah keras pada tuan2 penasihat tak berjemput ini.
bila dia pulak memberi soalan yang sama--
ikutkan hati, rasa nak terus pegang bahu2 mereka dan kata sambil melihat tepat pada matanya:
solatlah.

haha.
tapi tak sampai pulak hati.
maka kita diam.
dan biarkan dia bercerita.

sebab sesungguhnya--
ada benda,
kita TAK PERLU pun beri respon apa.

mereka cuma nak bercerita.

cakap--
memang senang.
mendengar sambil diam--
ITU yang mustahil.



P/S: Yaya!berentilah dok gelak woi!!kang aku tumbuk hang kang..hahahahahha

2 ulasan:

  1. cakap.
    dah siap.
    =p

    menarik-narik..puitis santai
    baca, mahu baca lagi..
    baca lagi, habis..

    BalasPadam
  2. hahhaha..makasih la!
    mana.?kata nk transfer sikit peminat..

    BalasPadam