Jumaat, 20 April 2012

Kongsi Ilmu Dari Dunia

Biadap ni berjangkit. Tak caya, cuba sorang mulakan. Tak sampai sesaat, nescaya bersambung2 biadabnya. Tak kira siapa, apa darjat, apa jantina.

Kalau terbiadab orang depan kita,
Terbiadab jugalah kita nantinya.

Dan macam demam yang datang melanda, biadap datang dengan petanda. Tidak ia dengan selesema, tapi hingus bahasa merimas. Tidak ia berpedih mata, tapi dedar hati yang panas.

Tak ada orang membiadap tiba2.
Semua datang dengan tertibnya.
Tak percaya?
Perhati.

Akak pejabat yang mulut celaka--
Tidak dia membusuk tak semena.
Kawan serumah yang bibir neraka--
Tidak dia membangkai tak disangka.

Berbahaya sekali--
Biadap ini.
Hati2.

Tak ada siapa imun darinya.
Sebelum terjangkit--
Lari.



P/S: Thanks kakak ilmuan,kongsi segala ilmu dunia & akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan