Selasa, 6 Mac 2012

Kapal Terbang Terbakar

Susah hati kalau lirik lagu disalah anggap.
Susah hati jugak kalau orang buat salah rasa malu dengan apa yang dibuat.
Lari! Malu!Pusing!Laju!Lalu!Bisu
Menutup khilaf, Kau takkan kenal gadis itu.
Kerana dia bijak sungguh menipu.
Kenapa nak malu, kan kau betul.
Aku cuma mampu lihat dan geleng kepala jika itu yang aku mampu.
Mungkin terasa luka di gesel-gesel lagi.
Luka takkan hilang sampai bila-bila jika tersemat niat hasad dengki.
Selongkarlah langit dan bumi pun,
Semakin kau selongkar. Kau akan jumpaa khilafmu.
Moden ini tidak mungkin mengubah apa-apa.
Kejam itu sifat semula jadi manusia yang tak punya apa.
Ketika kau mula menjaja pada manusia,
Kau lupa manusia sedang menjaja sama.
Itulah sifat manusia.
Berbaris soalan tercipta.
Manusia-manusia cuma menunggu jawapan.
Jangan bina bahasa belakang yang songsang.
Apa lagi sedang membelit hak.

Memalukan
Cukup memalukan.
Sebuah kapal terbang yang penuh dengan impian.
Ingin memiliki segala yang istimewa pada diri orang lain.
Sedang lupa dan menutup keistimewaan diri sendiri.
Sedang marak terbakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan