Selasa, 14 Februari 2012

Melihatlah, Jika Masih Ada Mata

Mengapa selepas puas kita cari tapi masih tidak bertemu,masih tidak dapat apa yang dihajati. Mengapa?
Aku sentiasa menyedari akan hari-hari yang susah akan datang,tapi itu pasti. Kenapa ada sesetengah manusia masih tidak menyedari. Kenapa pada setengah pihak masih menunding jari kearah ibu dan bapa. Kenapa masih ada anak derhaka, kemana sifat ihsan sesama manusia. Dari mana kalian datang?

Aku masih bertanya,apa yang kita mencari?
Sebenarnya aku selalu berkhayal dari dulu,masa aku kecil-kecil,nak belajar pandai-pandai,bila dah besar nak bagi mak ayah duit. Dulu la,tapi bila dah bekerja,baru terasa peritnya,susahnya nak cari duit.-_-"
Tapi hidup harus diteruskan,yang lepas kita menilai utk jadi yang terbaik utk akan datang. Tapi hari ini aku masih jumpa orang yang bercakap kasar dengan orang tuanya,masih ada yang mencaci maki orang tuanya. Apa salah mereka.

Melihatlah,Jika masih ada mata. Kita dibekalkan dari kecik berbagai ilmu,tapi mengapa kita tidak boleh menghargai orang tua kita. Sayang sungguh jika kita punya akal utk berfikir tapi masih tidak menggunakan dengan sempurna, sayang kita dapat melihat,tapi masih tidak memahami erti kasih sayang, sayang kita boleh mendengar,tapi masih memekakkan telinga. Jangan kerana tiada cahaya kita kata tak nampak pintu untuk menjangah hidup. Rezeki esok ada kalau tidak hari ini. Meskipun lahap harta dunia, sesekali ingat lagi satu dunia disana. Waima melihat dunia, sesekali ingat syurga dimana. Salahkah kita menerima teguran, belajarlah bersantun demi diri sendiri. Tidak rugi.


Aku rasa aku bahagia ada Mak & Ayah. Tak tahu macam mana nak ungkap. Setelah menjengah ke usia ini,baru rasa susah payah mencari duit. Cukup keluarga aku tahu, aku anak yang bagaimana. Kenapa perlu berpura didepan ibu bapa. Disini berubah cara,di depan mereka terserlah santun kata. Kerana terlalu sayang sesama kita,aku kongsi rasa bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan