Isnin, 16 Januari 2012

Sayang Seribu Kali Sayang,Kita Terlupa.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain

Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara




"Jadilah bangsa yang bijaksana, memegang tali memegang timba, 
memiliki ekonomi mencipta budaya, menjadi tuan di negara merdeka".

TERIMA KASIH.

1 ulasan:

  1. Khoo Kay Kim menolak lagenda Hang Tuah lima beradik dan Hang Li Po. Mereka tidak wujud. Jadi siapalah yg berpesan bahawa Melayu tak hilang didunia!

    BalasPadam