Khamis, 5 Januari 2012

Pendatang Tanpa Izin

Ye,dirumah aku didiami pendatang tanpa izin dan dihuni oleh perempuan yang hebat helahnya. Aku tak tahulah nak terangkan macam mana,nak cakap macam mana. Sedangkan aku dah terangkan,tuan rumah jugak sudah terangkan,mana perginya part sewa rumah dan mana perginya lebihan sewa rumah. Si pendatang tanpa izin menumpang tanpa malunya menggunakan harta benda seisi rumah, berjalan kehulu kehilir. Kata si perempuan helah ini kepada tuan rumah'' Biaqla..dia duduk dibilik saya,dia tumpang saya,saya yang bayar sewa bilik.'' Kata aku pulak kepada tuan rumah. '' Betul lah tue cik,dia yang bayar sewa bilik,so bg je lah pendatang tanpa izin tu menumpang,apa adahal..tapi duduk dalam bilik je,jangan nk pergi dapur,pergi bilik air,pergi ruang tamu berjalan-jalan,kan kau sewa bilik je. Lagi pun takut penyewa lain sakit mata memandang pendatang tanpa izin itu kehulu kehilir."

Ye,rumah sewa telah aku duduki sejak 7 tahun yang lalu,tapi tidak pernah ada masalah seperti ini, Dulu rumah sewa ini aku duduki bersama dengan 2 sepupuku,sebelum dia stay bersama ibu angkatnya Datin Duha yang tinggal di Bukit Gasing itu juga, So tinggallah aku seorang bersendirian. Nasib surrounding aku ada paksu,maksu,pakteh dan makteh. Mereka yang ada bersama aku. Selama aku tinggal dirumah sewa itu,aku sedar,aku bukan menyewa bilik,walaupun aku suppose bayar duit sewa bilik aku RM 200.00 sebulan. Sewa rumah aku pada mulanya RM 600,dan selepas aku tinggal sorang tuan rumah itu menurunkan sewa rumah sebanyak RM 550.00 dan selepas agak lama aku tinggal berseorangan,tuan rumah itu turunkan lagi sewa rumah sebanyak RM 500. Selepas agak 2 tahun aku tinggal seorang,aku pown bosan,aku aku mencari teman rumah. Orang pertama yang menduduki rumah sewa itu adalah Yananye. Dia menyewa bilik RM 200,so kuranglah beban aku untuk membayar sewa. Setelah agak lama tinggal bersama Yana,kami berbincang utk mencari seorang lagi penyewa baru. Opsss..untuk pengetahuan pendatang dan perempuan helah,bukan kami saja-saja nak letak sewa rumah RM 550.00 ok,bukan kami makan duit RM 50 tu ok. Tuan rumah yang bg suggestion kepada aku utk kutip,sebab selama ini aku telah bayar sewa sendirian,so dia membenarkan aku cover balik duit yang aku telah bayar kepadanya. Tapi ada jugak yang tak faham!atau buat-buat tak faham. Ada yang terlebih faham pun masalah jugak, yang terlebih faham buat-buat pandai cakap kenapa sewa bilik aku RM 150, sedangkan sewa umah RM 500. Bilik besar RM 200, Bilik sederhana basar RM 200,dan bilik kecik 150,so jadinya RM 550. Kenapa tuan rumah kena bagi Yaya RM 50. Sebab selama 7 tahun ini yaya bayar RM 500 seorang. Dia yang cover bilik kosong selama ini. So anda penyewa baru mampu. Dan ada jugak perempuan helah cakap,bilik aku RM 150,so kenapa aku nak bayar lebih. Boleh tak aku panggil kau bodoh! sebab kau bukan sewa bilik,kau sewa umah. So walau macam mana pun engkau tak bole nk bayar RM 150 dekat tuan rumah,kau tetap kena bayar RM 500 dekat tuan rumah. Kau mampu macam yang aku mampu?tak mampu kan. Opsss!!aku lupa kau terlebih mampu,sebab kau kan bg tau kawan kau,kau tak pernah sentuh duit gaji kau,sebab selama kau keje ada je orang belanja. Ye laaa sangat kan,orang bodoh kau boleh tipu,aku yang tahu kau selalu terdesak duit nie,memang tak la nk percaya duit gaji kau tak sentuh langsung kan...Cukup-cukuplah dengan kau buat-buat pandai! Penat dah aku dengan tuan rumah jelaskan. Kau pergilah cari rumah yang sewa RM 100,kalau dapat bg tau aku,aku taknak cakap apa...Aku cuma nk cakap selamat memulakan hidup baru.

Jangan diungkit-ungkit duit RM50 kau yang tak seberapa itu,dan jangan kau sebut-sebut kenapa perlu amik part kau RM50 tu,kau nie nak suruh aku terangkan guna bahasa apa yang kau lembab sangat,kau nk suruh tuan rumah guna medium macam mana utk dia terangkan,sedangkan kau kena guna otak sendiri untuk berfikir kenapa orang itu baru bagi tahu kau,sebab dia tidak tinggal lagi disitu. Dan sekali lagi,kau bukan sewa bilik,kau sewa rumah,selama ketiadaan penyewa ini, kita behagi 2 ke untuk bayar? tak kan. Sebab engkau kan cakap'' Apa pulak,aku bayar bilik aku ja,apesal aku nk bayar bilik kosong tu pulak? Selama ini aku yang menanggung bayar,pernah aku bising-bising mintak bahagi 2 utk bayar sewa umah. Engkau still bayar part kau kan. Aku tak mintakkan duit kau,mana perginya part-part RM50 ringgit itu,ia perginya ke bilik-bilik yg ditinggalkan,ia perginya ke barang-barang dapur,perginya ke part-part rumah yang rosak dan dengan kebenaran tuan rumah,ia perginya ke aku yang selama bertahun-tahun ini memikul membayar sewa rumah sepenuhnya. Jadi apa yang kau tak faham? Susah sangat ke kau nak memahami apa yang tuan rumah jelaskan dan aku jelaskan, ke kau buta memandang,pekak mendengar,dan bongok berfikir? Kau nak melawan tuan rumah yang dah lama makan garam? Dan kenapa pulak aku kena buat rule baru setiap kali ada penyewa baru masuk? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke apa...?

1 lagi,selama 2 tahu kau menyewa disitu,berapa kali kau angkat mop lantai,berapa kali kau menyapu,berapa kali kau mengemas dapur,berapa kali kau panjat cuci kipas???? Berapa kali utk melakukan aktiviti begitu,berapa kali? Tidak ada sifat tanggungjawab bukan. Hidup perlukan keselesaan,hidup perlukan give and take. Bila aku fikir-fikirkan balik kenapa kau selalu ada masalah dimana-mana, baru aku ingat kata-kata orang atasan kau.'' Baru setahun jagung bekerja,nak mengajar orang yang lama, orang lama makan garam berbalang-balang dah,engkau baru rasa sedikit dengan jari nak buat pandai-pandai. Tidak baik bukan utk aku bergaduh-gaduh burukkan kau,sangat tidak bukan. Aku tulis ini untuk bagi kau faham,sebab ini yang di suggest oleh kawan-kawan kau,susah nak cakap dengan mulut,cakap guna kaki..tapi aku taknak la cakap guna kaki,so aku gunakan penulisan yang tak berapa baik ini untuk kau faham.

Boleh kau keluar dari rumah itu mengikut seperti yang tuan rumah katakan,masuk dengan baik,maka keluarlah dengan baik,jangan sampai dihalau atau aku terhalau sudah. Mungkin mak pernah bagi tahu kita masa kecik-kecik,jangan gaduh-gaduh,selesaikan masalah dengan baik. Aku rasa aku dah terlebih bg muka dan terlebih baik dekat orang,so jangan harap dapat pijak-pijak aku. Aku tahu mesti kau rasa kau yang dipijak-pijakkan. Dear perempuan, Allah tak suka kau menganaiya orang,sebab rasa teranaiya itu terbalik dan pergi kepada kau. Kau susah hatikan. Aku kesian,dengan apa yang kita miliki dulu,dengan sedikit sifat cemburu,fitnah yang kau mulakan dulu maka ini yang terjadi. Rasa tidak rugi hilang kawan seorang,sebab ramai kawan yang datang, kawan yang baik,kita jadikan teladan dan ikutan,kawan yang berperangai tidak baik kita still berkawan,tapi jangan di ikut perangai yang tidak baik. Pernah dengar tak pepatah kata,berkawan biar beribu,bercinta biar 1. Ada ke pepatah kata carilah musuh beribu-ribu,tak ada kan.

P/S: Aku ingin mulakan tahun baru aku dengan kehidupan yang baru,dan aku sedang memulakan. Aku maafkan kamu,dan tolong jangan sebut namaku. Aku ingat dah berambus keluar mulakan hidup baru,tapi masih berdiri menumpang menyusahkan aku. Terima Kasih,sebab tak lama dah tu Allah nak balas.

Pesanan aku:  Kalau ada budak rumah korong yang cuba memburukkan korang yang cuba menyusahkan korang,yang cemburu dengan korang sebab teman-temannya suka berkawan dengan korang,Lebih baik korang berjaga-jaga,sebab dia akan cuba berbagai cara untuk menyusahkan korang. Seperti yang aku cakap, tidak menjadi kudis kepada aku kalau difitnah,didusta,dicerca. Malah Allah itu kurnia berbagai-bagai cara untuk buat aku rasa bahagia,rasa sentiasa ada. Terima kasih kawan yang selalu ada bila mana ada cerita yang tidak enak didengar,dan sentiasa percaya pada aku. Percaya tak kalian semua,kejujuran itu balasannya sangat besar pada hidup ini dan hidup orang lain. Semaikan sifat jujur. Peace!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan