Khamis, 19 Januari 2012

Kacamata Positif

Aku tidak mahu sedikit pun persoalkan apa yang sudah berlaku. Terukir dibibir-bibir orang kisahnya kamu.
Pahit kerana mendapat kawan seperti kamu. Usia kita makin meningkat bukan makin muda. Kaya ke membuat fitnah?Kaya ke kamu dengan cemburu? Kaya ke kawan....Sayang,dia masih tidak nampak dimana perlunya kawan didalam setiap sudut kehidupan. Tidak heran satu persatu persahabatan yang terjalin sepi dan meninggalkan teman. Kamu yang memilih lari dari kenyataan yang ada. Untuk apa mengacukan telunjuk ke langit sembil berkata, “Allah tidak adil!”


Begitulah kondisi kamu teman. Sudah parah. Di satu sudut yang lain aku menangis kerana kamu begitu, Aku sayang!Tapi tidak berdaya lagi menerima yang pahit itu yang menyakitkan itu. Aku dikhabarkan kamu susah hati,tidak senang dalam melakukan segala perkara. Kamu tidak akan pernah bahagia kawan jika kamu tidak pernah bersyukur dengan kelebihan yang kamu ada. 


Perihal dunia jangan dikhabarkan pada dunia,menambah dosa. Maaf! Ambillah segala apa teguran didunia ini dengan positif. Kamu pandai dalam segala hal,jgn di salah gunakan, Orang yang memandang kepahitan hidup dengan kacamata positif, tentu akan mengambil banyak pelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan