Sabtu, 28 Januari 2012

Bercakap Dengan Cermin

Untuk kawan yang kita sayang.
Sentiasa kita memberi senyuman.

Untuk kawan yang tikam belakang.
Selalu rasa tidak senang.

Untuk ada manusia yang begitu,Selalunya angkuh!Kalau ada kawan yg sebegitu. Anggaplah dia sedang bercakap dengan cermin.

Bercakap dengan cermin!!

to be patient when doa, performing prayers, listening to others, eating, executing tasks, basically everything and anything. insyAllah.. 

Surah Al-Imran (3:120);
"..But if you remain patient and become Al-Muttaqun (the pious), not the least harm will their cunning do to you."

Surah Hud (11:115);
"And be patient, verily, Allah wastes not the reward of the good-doers."

P/S: Ramai sangat yang cantik sekarang. Ada jugak tidak kurang cuba meniru gaya Maria Elena.Tapi tak dapekkk la. Lupa dia pun mencuri harta dunia. Maria Elena(Muka licin)! Uhhuuu.

Khamis, 19 Januari 2012

Kacamata Positif

Aku tidak mahu sedikit pun persoalkan apa yang sudah berlaku. Terukir dibibir-bibir orang kisahnya kamu.
Pahit kerana mendapat kawan seperti kamu. Usia kita makin meningkat bukan makin muda. Kaya ke membuat fitnah?Kaya ke kamu dengan cemburu? Kaya ke kawan....Sayang,dia masih tidak nampak dimana perlunya kawan didalam setiap sudut kehidupan. Tidak heran satu persatu persahabatan yang terjalin sepi dan meninggalkan teman. Kamu yang memilih lari dari kenyataan yang ada. Untuk apa mengacukan telunjuk ke langit sembil berkata, “Allah tidak adil!”


Begitulah kondisi kamu teman. Sudah parah. Di satu sudut yang lain aku menangis kerana kamu begitu, Aku sayang!Tapi tidak berdaya lagi menerima yang pahit itu yang menyakitkan itu. Aku dikhabarkan kamu susah hati,tidak senang dalam melakukan segala perkara. Kamu tidak akan pernah bahagia kawan jika kamu tidak pernah bersyukur dengan kelebihan yang kamu ada. 


Perihal dunia jangan dikhabarkan pada dunia,menambah dosa. Maaf! Ambillah segala apa teguran didunia ini dengan positif. Kamu pandai dalam segala hal,jgn di salah gunakan, Orang yang memandang kepahitan hidup dengan kacamata positif, tentu akan mengambil banyak pelajaran.

Answer My Question Please?

Kamu masuk rumah sewa dulu bawa bakul mandi? Bawa bekas sabun? Bawa hanger ?
Dam..takkan bekas sabun aku pun nak curi, RM1.00 je kot!

............................

Kamu keluar bawa harta orang lain?

..............................

Hahhhh!!
Tenant From The Hell- You make the house like hell...........
Better you go than stay.

P/S: Biar muka buruk,jangan perangai buruk. Kalau pergi mana pun bermasalah tak kira di pejabat atau umah sewa. Jawabnya kau lah yg bermasalah. Dunia-dunia...

Rabu, 18 Januari 2012

Setitik Air Dari Jari.

Aku memang suka menulis.
Aku memang suka membaca.
Aku tidak petah berbicara.
Aku juga kurang ilmu segalanya.

Jika air didalam gelas itu penuh, aku umpamakan seperti ilmu.
Aku letakkan satu jari dan angkat kembali jari aku
Air yang jatuh dari jari aku itu,hanya setitik.
Aku rasa itulah aku.
Kurangnya ilmu aku.
Jadi dunia,izinkan aku mencedok ilmu yang ada.
Halalkan segalanya dari setiap sudut ruang bacaan yang aku baca.
Setiap sudut bacaan yang aku guna.

Jika itu dosa? Khabarkan...

Isnin, 16 Januari 2012

Sayang Seribu Kali Sayang,Kita Terlupa.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain

Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara




"Jadilah bangsa yang bijaksana, memegang tali memegang timba, 
memiliki ekonomi mencipta budaya, menjadi tuan di negara merdeka".

TERIMA KASIH.

Sabtu, 14 Januari 2012

Sukarnya Tapi Aku Belajar.

Melihat hujan sebagai rahmat, biar basah kuyup ia bukan beban
Mencari sayang di dalam benci, merendah diri, membuka hati
Melihat gelas separuh penuh, yang kosong itu mungkin kita perlu
Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan
Sukarnya namun aku belajar....



Aku manusia biasa..Rangkul aku waktu hancur
Mencari sayang didalam benci
Jangan juga mempersoal.
Tiada jawapan.






A B C

Seperti mana pun kehidupan ini,kau tetap ada.
Tidak adil aku.
Sangat tidak adil sungguh.
Harus bagaimana utk aku  meminta maaf.
Kamu tidak memiliki aku di dalam jaga. Aku minta maaf
Kalau utk kehidupan ini aku silap, aku harap kamu memiliki aku di dalam tidur yang panjang.
Minta Maaf untuk seumur hidup.
Aku juga pasti rasa silap.
Mungkin.


Untuk kamu. Aku pasti selalu membaca A B C D....entah mengapa aku suka.


Jumaat, 13 Januari 2012

U-Turn Ke Jalan Yang Lurus

Didalam perhubungan ini memang selalu ada emosi.
Dimasa yang berjalan ini memang ada sedikit ketidakpuasan.
Tetapi apa salahnya,melaung dari mendiam.
Membuka dari menyimpan.
 Sekurang-kurangnya kamu tahu.
Ditahan-tahan nafas,ditahan-tahan marah.
Dipendam-pendam amarah. Apa guna?Untuk apa...
Menangislah air mata darah sekali pun, Ia tetap tidak mengembalikan apa-apa.
Setiap peluang yang ada jangan pernah sia-siakan.
Sekali pandangan berubah,bukan senang dibentukkan semula.
Mungkin aku perlukan pasak yang kukuh utk bersabar,
Mungkin aku perlukan tongkat utk berdiri.








































Benar,sesetengah nikmat itu datang sekali, kerana itu nikmatilah & syukurilah. 
Bersyukur sentiasa. 
Amat malang, kita selalu sedar dan menghargai sesuatu hanya selepas nikmat itu terlerai dari genggaman.














Rabu, 11 Januari 2012

Perihal Racun

Banyak racun dunia. Jaga-jaga.
Lewat suara aku,sudah terlambat.
Kaca jatuh berderai,terkena kaki nampak darahnya.
Luka di hati bagaimana?
Dia masih percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya,
Dia percaya setiap perkara itu ada kemungkinannya.


Sedikit kepenatan melihat laku manusia. Main baling-baling nada,terlempar dimuka sendiri,terjatuh terbeban di bahu sendiri. Boleh bukan. Masih berperasaan kesian.
hey manusia, kau terlalu jauh walhal sejengkal jarak kita, Simpati aku bukan dibuat-buat. Kamu dalam kondisi serius. Masih buta.
Sekarang mungkin kamu fikir,kamu rasa kamu dibuang kekiri kekanan. Segala sudut mungkin. Aku tetap kasihan.
Halal. Segala perbuatan.
Halal. Segala tumpangan.
Halal. Segala pinjaman.
HALAL.

Nevermind, Aku sudah jumpa berbagai. Tapi tiada yg tidak malu seperti kamu. Masih menggunakan segala ruang yang ada. Masih menumpang. Malu segan pulak aku ingin bertanya.
Itu adalah perasaan aku,pemikiran aku.

"kerana kalau difikirkan orang, sampai bila
kalau difikirkan hati orang, cis! takkan kemana!
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
sekali kau suapkan jiwa kamu, sampai bila-bila mau selama-lamanya"
Petikan puisi  : Fynn Jamal



Isnin, 9 Januari 2012

Usia,Nafas Dan Hidup.

Dengan lafaz Bismillah hirahman nirrohim.......

En. Tunang 


Selamat hari Lahir Munir Bin Mohamad
Dengan ucapan Semoga dikurniakan iman yang sempurna, 
akhlak yang terpuji,  pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan,Taat kepada kedua orang tua,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. 

P/S: Tiada apa yang diberi melainkan sedikit perhatian dari jauh, Semoga di usia ini salinglah kita mengingati antara 1 sama lain. Hiduplah seperti orang yang menanti mati, kerana mati itu pasti, Semoga tidak alpha,tidak lalai menjadi manusia. Sentiasa bersyukur kerana masih membuka mata& masih merasa nikmat dunia, Itu lebih bermakna. Bertanggungjawab terhadap diri sendiri & kehidupan .
ILY & IMY

ikhlas nukilan : Yaya Hafiza




Khamis, 5 Januari 2012

I Means.

Waima ia rapuh tak sempurna,ia tetap kehidupan.
Walau sudah tidak rela,tapi masih terpaksa,ia tetap kehidupan.
Sehebat mana perasaan kamu untuk aku, engkau tetap gagal memberi sedikit kepercayaan.
Tak siapa mungkin mengerti jerih perih ini,ia tetap kehidupan.
Walau air sedikit menitis di kopak, aku tetap teruskan.
Aku masih tersenyum bukan utk kamu.
Tabah.

Terima Kasih .

Word

Kenapa perlu malu untuk bercerita benda yang betul. Bukan untuk membuka pekung didada. Tapi untuk diperbetulkan apa yang betul. Harus begitu bukan?
Aku menjelaskan apa yang kurang jelas dimata manusia,jadi kenapa perlu malu kalau ia benar-benar betul.

Pendatang Tanpa Izin

Ye,dirumah aku didiami pendatang tanpa izin dan dihuni oleh perempuan yang hebat helahnya. Aku tak tahulah nak terangkan macam mana,nak cakap macam mana. Sedangkan aku dah terangkan,tuan rumah jugak sudah terangkan,mana perginya part sewa rumah dan mana perginya lebihan sewa rumah. Si pendatang tanpa izin menumpang tanpa malunya menggunakan harta benda seisi rumah, berjalan kehulu kehilir. Kata si perempuan helah ini kepada tuan rumah'' Biaqla..dia duduk dibilik saya,dia tumpang saya,saya yang bayar sewa bilik.'' Kata aku pulak kepada tuan rumah. '' Betul lah tue cik,dia yang bayar sewa bilik,so bg je lah pendatang tanpa izin tu menumpang,apa adahal..tapi duduk dalam bilik je,jangan nk pergi dapur,pergi bilik air,pergi ruang tamu berjalan-jalan,kan kau sewa bilik je. Lagi pun takut penyewa lain sakit mata memandang pendatang tanpa izin itu kehulu kehilir."

Ye,rumah sewa telah aku duduki sejak 7 tahun yang lalu,tapi tidak pernah ada masalah seperti ini, Dulu rumah sewa ini aku duduki bersama dengan 2 sepupuku,sebelum dia stay bersama ibu angkatnya Datin Duha yang tinggal di Bukit Gasing itu juga, So tinggallah aku seorang bersendirian. Nasib surrounding aku ada paksu,maksu,pakteh dan makteh. Mereka yang ada bersama aku. Selama aku tinggal dirumah sewa itu,aku sedar,aku bukan menyewa bilik,walaupun aku suppose bayar duit sewa bilik aku RM 200.00 sebulan. Sewa rumah aku pada mulanya RM 600,dan selepas aku tinggal sorang tuan rumah itu menurunkan sewa rumah sebanyak RM 550.00 dan selepas agak lama aku tinggal berseorangan,tuan rumah itu turunkan lagi sewa rumah sebanyak RM 500. Selepas agak 2 tahun aku tinggal seorang,aku pown bosan,aku aku mencari teman rumah. Orang pertama yang menduduki rumah sewa itu adalah Yananye. Dia menyewa bilik RM 200,so kuranglah beban aku untuk membayar sewa. Setelah agak lama tinggal bersama Yana,kami berbincang utk mencari seorang lagi penyewa baru. Opsss..untuk pengetahuan pendatang dan perempuan helah,bukan kami saja-saja nak letak sewa rumah RM 550.00 ok,bukan kami makan duit RM 50 tu ok. Tuan rumah yang bg suggestion kepada aku utk kutip,sebab selama ini aku telah bayar sewa sendirian,so dia membenarkan aku cover balik duit yang aku telah bayar kepadanya. Tapi ada jugak yang tak faham!atau buat-buat tak faham. Ada yang terlebih faham pun masalah jugak, yang terlebih faham buat-buat pandai cakap kenapa sewa bilik aku RM 150, sedangkan sewa umah RM 500. Bilik besar RM 200, Bilik sederhana basar RM 200,dan bilik kecik 150,so jadinya RM 550. Kenapa tuan rumah kena bagi Yaya RM 50. Sebab selama 7 tahun ini yaya bayar RM 500 seorang. Dia yang cover bilik kosong selama ini. So anda penyewa baru mampu. Dan ada jugak perempuan helah cakap,bilik aku RM 150,so kenapa aku nak bayar lebih. Boleh tak aku panggil kau bodoh! sebab kau bukan sewa bilik,kau sewa umah. So walau macam mana pun engkau tak bole nk bayar RM 150 dekat tuan rumah,kau tetap kena bayar RM 500 dekat tuan rumah. Kau mampu macam yang aku mampu?tak mampu kan. Opsss!!aku lupa kau terlebih mampu,sebab kau kan bg tau kawan kau,kau tak pernah sentuh duit gaji kau,sebab selama kau keje ada je orang belanja. Ye laaa sangat kan,orang bodoh kau boleh tipu,aku yang tahu kau selalu terdesak duit nie,memang tak la nk percaya duit gaji kau tak sentuh langsung kan...Cukup-cukuplah dengan kau buat-buat pandai! Penat dah aku dengan tuan rumah jelaskan. Kau pergilah cari rumah yang sewa RM 100,kalau dapat bg tau aku,aku taknak cakap apa...Aku cuma nk cakap selamat memulakan hidup baru.

Jangan diungkit-ungkit duit RM50 kau yang tak seberapa itu,dan jangan kau sebut-sebut kenapa perlu amik part kau RM50 tu,kau nie nak suruh aku terangkan guna bahasa apa yang kau lembab sangat,kau nk suruh tuan rumah guna medium macam mana utk dia terangkan,sedangkan kau kena guna otak sendiri untuk berfikir kenapa orang itu baru bagi tahu kau,sebab dia tidak tinggal lagi disitu. Dan sekali lagi,kau bukan sewa bilik,kau sewa rumah,selama ketiadaan penyewa ini, kita behagi 2 ke untuk bayar? tak kan. Sebab engkau kan cakap'' Apa pulak,aku bayar bilik aku ja,apesal aku nk bayar bilik kosong tu pulak? Selama ini aku yang menanggung bayar,pernah aku bising-bising mintak bahagi 2 utk bayar sewa umah. Engkau still bayar part kau kan. Aku tak mintakkan duit kau,mana perginya part-part RM50 ringgit itu,ia perginya ke bilik-bilik yg ditinggalkan,ia perginya ke barang-barang dapur,perginya ke part-part rumah yang rosak dan dengan kebenaran tuan rumah,ia perginya ke aku yang selama bertahun-tahun ini memikul membayar sewa rumah sepenuhnya. Jadi apa yang kau tak faham? Susah sangat ke kau nak memahami apa yang tuan rumah jelaskan dan aku jelaskan, ke kau buta memandang,pekak mendengar,dan bongok berfikir? Kau nak melawan tuan rumah yang dah lama makan garam? Dan kenapa pulak aku kena buat rule baru setiap kali ada penyewa baru masuk? Kau ingat aku tak ada kerja lain ke apa...?

1 lagi,selama 2 tahu kau menyewa disitu,berapa kali kau angkat mop lantai,berapa kali kau menyapu,berapa kali kau mengemas dapur,berapa kali kau panjat cuci kipas???? Berapa kali utk melakukan aktiviti begitu,berapa kali? Tidak ada sifat tanggungjawab bukan. Hidup perlukan keselesaan,hidup perlukan give and take. Bila aku fikir-fikirkan balik kenapa kau selalu ada masalah dimana-mana, baru aku ingat kata-kata orang atasan kau.'' Baru setahun jagung bekerja,nak mengajar orang yang lama, orang lama makan garam berbalang-balang dah,engkau baru rasa sedikit dengan jari nak buat pandai-pandai. Tidak baik bukan utk aku bergaduh-gaduh burukkan kau,sangat tidak bukan. Aku tulis ini untuk bagi kau faham,sebab ini yang di suggest oleh kawan-kawan kau,susah nak cakap dengan mulut,cakap guna kaki..tapi aku taknak la cakap guna kaki,so aku gunakan penulisan yang tak berapa baik ini untuk kau faham.

Boleh kau keluar dari rumah itu mengikut seperti yang tuan rumah katakan,masuk dengan baik,maka keluarlah dengan baik,jangan sampai dihalau atau aku terhalau sudah. Mungkin mak pernah bagi tahu kita masa kecik-kecik,jangan gaduh-gaduh,selesaikan masalah dengan baik. Aku rasa aku dah terlebih bg muka dan terlebih baik dekat orang,so jangan harap dapat pijak-pijak aku. Aku tahu mesti kau rasa kau yang dipijak-pijakkan. Dear perempuan, Allah tak suka kau menganaiya orang,sebab rasa teranaiya itu terbalik dan pergi kepada kau. Kau susah hatikan. Aku kesian,dengan apa yang kita miliki dulu,dengan sedikit sifat cemburu,fitnah yang kau mulakan dulu maka ini yang terjadi. Rasa tidak rugi hilang kawan seorang,sebab ramai kawan yang datang, kawan yang baik,kita jadikan teladan dan ikutan,kawan yang berperangai tidak baik kita still berkawan,tapi jangan di ikut perangai yang tidak baik. Pernah dengar tak pepatah kata,berkawan biar beribu,bercinta biar 1. Ada ke pepatah kata carilah musuh beribu-ribu,tak ada kan.

P/S: Aku ingin mulakan tahun baru aku dengan kehidupan yang baru,dan aku sedang memulakan. Aku maafkan kamu,dan tolong jangan sebut namaku. Aku ingat dah berambus keluar mulakan hidup baru,tapi masih berdiri menumpang menyusahkan aku. Terima Kasih,sebab tak lama dah tu Allah nak balas.

Pesanan aku:  Kalau ada budak rumah korong yang cuba memburukkan korang yang cuba menyusahkan korang,yang cemburu dengan korang sebab teman-temannya suka berkawan dengan korang,Lebih baik korang berjaga-jaga,sebab dia akan cuba berbagai cara untuk menyusahkan korang. Seperti yang aku cakap, tidak menjadi kudis kepada aku kalau difitnah,didusta,dicerca. Malah Allah itu kurnia berbagai-bagai cara untuk buat aku rasa bahagia,rasa sentiasa ada. Terima kasih kawan yang selalu ada bila mana ada cerita yang tidak enak didengar,dan sentiasa percaya pada aku. Percaya tak kalian semua,kejujuran itu balasannya sangat besar pada hidup ini dan hidup orang lain. Semaikan sifat jujur. Peace!!

Selasa, 3 Januari 2012

Terbang Yaya Terbang

Selamat Hari Lahir Yaya!!!


Cuba aku memiliki,segala apa yg aku ingini..Terus cuba aku redahi capai segala apa yg tak pasti aku..berjalan dan terus berlari tetapi aku,tersungkur jatuh dan bangun!Kau bawa aku terbang ..terbang tinggi dan terus melayang tinggi kelangit terbang hingga ke bulan dan bintang..Terima Kasih Ya Allah.




P/S: Segala doa utk diri aku,moga yang baik-baik sahaja Ya Allah utk perjalanan hidup ini.Aku redha. Aku bersyukur masih ada disini bernafas dengan segala pinjaman mu. Jauhi aku dari sifat cemburu dan hasad dengki manusia Ya Allah. Jauhi aku dari segala perbuatan jahat manusia Ya Allah. Lindungi aku Ya Allah. Apa yang masih ada bukan hak aku. Cukuplah aku yang tahu.


Happy Birthday yang ke-26 Yaya.

Lagu Untuk Tahun Baru.

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
P/S: Katak memang selalu melalak kuat dalam tempurung,dekat luar tempurung selalu jarang berbunyi. Kita tak kongsi warna mata sebenarnya,apatah lagi warna hati. Aku memang maafkan kamu,dan aku tidak mahu kau dekati aku lagi.

Selamat Datang 2012


P/S :Selamat datang 2012..Please be nice to me.Banyak benda yang saya nak achieve this year..hope everything berjalan dengan lancar.