Khamis, 13 Disember 2012

Tinta Kasih

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap gelisah itu bernilai, setiap pertemuan itu tersembunyi hikmah yang tak terungkai--
Tidak ada yang aneh,bukankah cinta itu fitrah kita sesama manusia--


Belajar bersyukur--
Belajar memahami--
Belajar menghargai--
Belajar memberi--
Belajar berbudi--
Belajar berdikari--
Belajar menyedari--
Belajar berdoa--
Belajar untuk berterima kasih dan mengucap alhamdulillah setiap hari--


Untuk Suami--

Harta itu cantik pada zahir,sederhana pada batin & tidak mengharap apa yang ada di tangan orang lain--
Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna & nilai yang besar pada saatnya bertemu tuhan.


Khamis, 18 Oktober 2012

Sekitar Final Exam

Riuh Kuala Lumpur, tapi apa yang ada. Masih sama rutin hariku menjalani kehidupan seperti hari-hari sebelum ni. 3 hari berkampung dekat asrama Seroja Uitm, sebab tumpukan sepenuh perhatian untuk final exam. Tidak mintak lebih,tidak mintak kurang permudahkan segala usaha aku untuk paper Politik,Statistik, Akaun & Economi. Sem depan 3 paper undang-undang aku nak hadap,jangan lah ada sangkut mana-mana. 
Sekejap rasanya masa berlalu,rasa sekejap sangat dah nk masuk sem baru. Tahun depan insyallah tamat aku belajar, tapi semua nak sambung Degree Undang-Undang..Apa  Cerrr weyhhh..Aku mungkin memilih cabang lain, kalau aku tidak boleh carry paper undang-undang tahun depan. Cabang lain--apa cabang??

Masa exam jugak mak aku datang...lega sangat,tapi terpaksa study hard sikit sampai lewat pagi, sebab waktu pagi,ptg siang malam kuar jalan-jalan bersama family. Nie aktiviti mak aku datang KL. --

                         Mak & Maksu-- Fresh!Sayur itu hasil tanaman family kami,baru dipetik untuk dimasak.
--masing-masing tengah cari idea nak masak apa. Maklumlah jauh di dalam hutan. 

Penangan panjat bukit-- 1 lapisan tanah merah.

Sangat teruja berkebun rupanya, selama nie tak pernah rasa susahnya tanam ubi,cari ubi-- Tapi 1 pemandangan yang aku takkan lupa ialah, datang seawal pagi, selepas waktu subuh, kita boleh saksikan kehidupan burung hutan,nyanyian burung hutan yang cantik2 sedang berdiri diatas pohon kayu, bermain air hutan--(air hutan?? actually air lombong kot,tasik ke..ntah mana datangnya aliran sungai itu..)

 Mak sedang sembahyang di pondok Usang--

P/S : Hebatnya rasanya berbudi pada tanah, lagi rasa nikmat dan syukur bila dapat hasilnya dan dikongsi bersama. Sukar digambarkan rasa syukur sangat dapat manfaatkan tanah tersebut.

Mangga ada,Limau ada,serai ada,ubi ada,buah-buahan paling banyak,sayur pown banyak--
Sekarang dalam proses untuk memperluaskan kolam ikan.-- Benda paling seksa dlm hutan nie ialah nk berak!!!tahan laaaaahhh.

Itulah kisah aku sepanjang minggu final exam..macam kanak-kanak riang..Yeayyy mak datang..mak datang.




Rabu, 26 September 2012

Aku Terfikir

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa, namun betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Kenapa?

Kadang-kadang, aku terfikir...
emosi sedikit terganggu.

Semua ini daripada lecturer economi:---
Siapa yang menang dalam perjuangan ini, akan mendapat hasilnya.

Berdebar untuk 3 paper undang-undang akan datang. Paling berdebar atau lebih kepada takut perasaan ini untuk tahu dapat atau tidak untuk sambung Ijazah dalam Pentadbiran undang-undang. Sekarang masih di tangga Pentadbiran Awam yang banyak sangat fakta undang-undang yg tidak boleh diputar belit,economi yang setiasa laras,akaun yg sentiasa mengira,dan politik yang semakin bingung.
Macam mana untuk undang-undang akan datang?

Mula tersedar-- 
Mula terfikir panjang --

Jangan aku hilang rasional dan menjadi emotional dalam membuat keputusan sehingga hilang kebijaksanaan dan menampakkan diri seperti tiada " intelligence".

Mula berfikir luar dari kotak kerana kita terpelajar dari orang yang tidak belajar.
Ya Allah permudahkan jalan--

Amin

                                                                  
  Mata empat supaya jelas dan nyata--


Rabu, 8 Ogos 2012

Kuat

berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia--
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka--
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran--
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan.
Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.--

Mungkin perasaan ramadhan ini paling indah pernah dirasa walau telah diuji berbagai cabaran rasa. Saya masih menangis kerana dia sudi memerhatikan saya. Terima Kasih Rabbku--
"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Persiapan atau persediaan

Gambar terbaru untuk kursus Integriti sambil melancong.--
Singapore i come--
(:

Sekarang tengah kerah tenaga untuk kelas bahasa cina--
Syukur kerana diberi banyak sangat peluang untuk belajar.
iman,ilmu,amal,iklas.
Dimanakah kita?

If someone throws a stone at you,throw a flowers at them. But remember to throw the flower pot with it--




Selasa, 17 Julai 2012

Sahabat



Sekiranya iman kita tak seharum dan semekar musim bunga,
sekurang-kurangnya jangan biarkan ia mendung seperti musim hujan.
Kerana kasih sayang Allah ibarat mentari yang tak pernah redup
yang sentiasa memberi kita peluang untuk memperbaharui musim iman kita setiap hari


jadi,aku harapkan sahabat yang sentiasa disisi memberi nasihat secara halus.
bukan menyindir.bukan menjauhkan diri.

p/s: Sahabat.jadilah sahabat aku.sentiasa lah bersama aku.beri lah semangat itu kepada aku.

Selasa, 10 Julai 2012

Senyuman

Tiba-tiba teringat muka bongkak sudin masa jumpa harta.
Aku sudah jadi orang kaya...muahaha..sambil tukar stlye gaya jalan!
( :
Serius lawak kalau ingat.
Tapi lagi lawak ingat lecturer cakap hal politik, hal dunia, hal wang, dengan hal umum.
Hal paling lawak dia cerita hal orang yang akan cepat dapat sakit jantung.
Tahu tak orang yang bagaimana yang akan mudah diserang sakit jantung?
Jawapannya orang yang penuh dengan sifat dendam, orang yang penuh dengan sifat yang berlumba-lumba ingin menunjuk.

Muka serius kejap*
tapi senyum balik bila dapat tahu sesuatu--
aku pesan pada kawan-kawan aku-- hindar-hindarlah ambil tahu hal orang dan berlumba-lumba ingin menunjuk lebih dari  apa yang kita mampu.

Hadiah dari siapa nie? Cube teka....

-- Jom senyum--
Muka ate cenyiummm~

Jumaat, 29 Jun 2012

Say Hello-



P/S: Hanya mampu tersenyum. (:

Walau digenggam kuat,andai ia bukan milik kita, ia terlepas jua--
Walau ditolak ketepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua--
Itulah namanya JODOH.

Rabu, 27 Jun 2012

Kaca Mata Manusia

--- "Kalimat yang kita ucap bagaikan budak yang melarikan diri dari penguasaan pemiliknya,
 dimana suatu saat pasti akan ditemukan oleh orang yang satu, dan tidak didapati oleh orang yang lain.”---
-- Semua manusia adalah pendosa,tiada satu pun yang terlepas dari melakukannya. Dan sebaik-baik pendosa adalah sedar akan perbuatannya dan bertaubat. Bukan menutup kesalahannya--


P/S: Jangan rasa kamu lebih elok dari orang lain dgn sbb kamu memakai jubah & kopiyah--



Isnin, 25 Jun 2012

Camping..woooohhoo..Yihuuu.

''Weekend camping''
-- Aku tdo sampai taknak bangun sabtu pagi tue --
" Yaya!! get up..you will miss the train"

--Padahal,aku kena pergi Uitm dulu ambil buku.--
Muka tak excited pown nk pergi Uitm ambil buku,sbb dah teringat air terjun.

-- Kerja aku sepanjang perjalanan yang panjang adalah tido--

Wohhoooooo!wohooooo!!
Sejukkk** Amazing nya ciptaan Allah.

Kalau dilihat dari atas, panjat lagi dan panjat lagi. Kita boleh nampak air sungai nie hijau je.
Subhanallah.

Di sebabkan aku tido je sepanjang perjalanan, so aku di denda--
ehmmm..):
Tak adil--

Ini arang simen**

Woi!!ingat nie England ka pakai arang simen.
-- Siyu pergi beli arang simen,aku sedang usaha untuk menghidupkan api. Sampai cari daun-daun kering--
Grrr!! dah mula berpeluh nie.

Hotdog cheese** 

Meleleh air liur budak-budak nie tengok aku bakar--
-- You will happy have friends like them yang boleh susah senang dengan korang--

Ayam Cheese Yaya**

Lepas nie aku boleh la bukak kedai makan--
Hahahahaha!!

I wish untuk stay lama di situ, boleh jumpa dengan orang asli. Tapi takot, ada banyak binatang dalam hutan tu.
maybe next time kita pergi awal ye kawan-kawan.
(:
Jooooommmmmm kita senyum lebaq-lebaq.

Kemas-kemas*

Masuk balik dalam kereta,terus aku tido balik.
'' Siapa nak singgah Genting?"
Terus aku terjaga--
Nak! Nak! Nak!..

" Kita singgah Genting main bowling jom"
WT*
Singgah genting semata-mata nak main bowling, kat KL tak pernah pun ajak nak main bowling. kalau keluar asyik nak makan dengan tengok wayang je!!

Tapi OK lah jommm~~
Wohoooo~ 
Sekali lagi menjerit! Sejuknya waktu malam kat Genting.

Muka tahan sejuk**

-- Next vacation maybe Kelantan dulu baru Pulau pulak--
(:







Rabu, 20 Jun 2012

Berjalan lancar.

Alhamdulillah, bisness mendapat sambutan. Sedang belajar untuk majukan bersama insan tersayang. Syukur sangat.

-wedges vincci / dress Poplook-


Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Selasa, 19 Jun 2012

Alhamdulillah

Dear ALLAH,I wanna take a minute not to ask for anything, but simply to say  ALHAMDULILLAH and THANK YOU  for all I have...
Rasulullah SAW bersabda: "Setiap musibah yang menimpa seorang muslim, maka hal itu boleh jadi penghapus dosanya,
walaupun hanya kerana tertusuk duri." (H.R Muslim)

Isnin, 18 Jun 2012

Hello Govern Sector.

Hello MPSP--


                    Selamat menghadirkan diri . MPSP please be nice to me.


Welcome Yaya-- 
Good Luck to me.

Kecik-kecik dulu kita....

Semasa kecil-kecil dulu mesti kita pernah buat perkara ini--

1. Bukak kipas,duduk depan kipas dan cakap dengan kipas semata-mata nk dengar suara bertukar.

2. Naik kereta tengok bulan dan kita fikir bulan ikut kita.


3. Naik basikal,lepas tangan dari handle-- Rasa gilerr hebat.
4. Masa sekolah ada orang datang jual vitagen bagi list,balik rumah mintak duit kat mak abah.
5. Kalau melukis,nak lukis burung mesti guna huruf M atau V.
6. Kalau lukis matahari mesti disebalik bukit.
7. Masa kecil selalu fikir bentuk hati macam bentuk love.
8.Tutup peti ais perlahan-lahan,sebab nak tengok lampu peti ais tertutup punya pasal.


9. Kalau tak siap kerja sekolah,sengaja tinggalkan buku sekolah dekat rumah-- Bagi alasan,alaaaa!!!saya dah buat,tapi buku tertinggal.
10. Mintak biodata kawan-kawan. Sanggup beli pen warna warni.
11. Buat jet kertas.

12. Lawan pemadam
13. Main baling seliper
14. Main tepuk terup
15. Minum air panas dalam piring sambil hembus.

P/S: Seronaknya zaman kecil kita dulu-dulu. Mana nak dapat dah sekarang.








Isnin, 28 Mei 2012

Mine

Luahan silang kata berbisa--
Ayat perangkap jiwa--
Kasihanlah--

Senyuman gadis itu sedang pudar dimakan masa.

Selasa, 22 Mei 2012

Rejab Kembali

Siapa yang berpuasa hari ini?
Kawan sy haizir takut kalau sahabat-sahabat dia terlupa tengok calender islam akan kedatangan Rejab bersamaan 22 May 2012 (Selasa)/ 1 Rejab 1433.
Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini.......... 
BULAN REJAB

Pada  22 May 2012(Selasa) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Ahad, 17 June 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22,23,24 May 2012) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."





--Thanks for sharing Zach.

Sesiapa yang berpuasa 7 hari berturut-turut ditutup pintu neraka untuknya.--massage dari my mom Halipah Salleh.

PHD & Cara Mengubati


PUNCA HASAD DENGKI

  1. Perasaan permusuhan dan kebencian
  2. Merasa diri mulia
  3. Takut terlepas sesuatu tujuan dan habuan
  4. Ghairah mencari populariti 
  5. Busuk hati atas kecantikan,kecemerlangan orang lain
Banyak lagi faktor-faktor punca hasad dengki. 

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah – Riadus Salihin 4:1441)



Knowledge Sharing


From: Mohamad Haizir Rozin

Isnin, 14 Mei 2012

Luar Dari Kebiasaan

Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memiliki teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama.


Ada 3 hal yang paling berharga:
  • Kasih Sayang
  • Cinta 
  • Kebaikan

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti:
  • Kekayaan
  • Kejayaan
  • Mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang:
  • Komitmen
  • Ketulusan
  • Kerja keras

Ada 3 hal yang membuatkan kita succes:
  • Tekad
  • Kemahuan
  • Fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu:
  • Rezeki
  • Umur
  • Jodoh

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali:

  • Waktu 
  • Kata-kata
  • kesempatan

Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang:
  • Kemarahan
  • Keangkuhan
  • Dendam

Ada 3 hal yang tidak boleh hilang:
  • Harapan
  • Keiklasan
  • Kejujuran

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali:
  • Waktu
  • Kata-kata
  • Kesempatan

Tapi 3 hal yang dalam hidup yang pasti:
  • Tua
  • Sakit
  • Kematian

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Terima kasih- Mohamad Haizir Rozin

Ahad, 13 Mei 2012

Hobi Baru

Menuju puncak. Mind set dah set nak panjat, tekan loceng dan saya yakin saya boleh!

Akhirnya aku berjaya menekan loceng sebanyak 3 kali.- Copy from Stephy Chai

P/S: Nantikan aktiviti seterusnya, maybe berkayak atau menembak. 

Ahad, 29 April 2012

Bicara

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya... 

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena... 

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....

"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya..."

Rabu, 25 April 2012

Selasa, 24 April 2012

Next Month


* Tunggu*

Pencadang & Pemerhati

Ain baru khabarkan, Mungkin kita pembangkang.
Aku gelak!hhahahahhaha.. (rajin sunggoh kawan baik hang bagi tau hang,hang pulak bagi tau aku pagi-pagi buta nie! Memang tak ada kerja).
Jom santap makanan jiwa orang jalanan meluah rasa.

* Channel 1*

cakap.
dan selesai.
macam perlu sangat cakap--
macam terlalu perlu membuktikan pandai.
tuan penasihat tak berjemput--
aku panggil golongan begini.
so uncalled for.

aku ada sebab kenapa aku tak suka berkawan rapat sangat.
bila kita ada kawan rapat, kita vulnarable.
kita izinkan dinding besi perisai tubuh kita dibawahkan.
kita bukakan jantung kita untuk diacu tepat dek lembing beracun lipan.



call it whatever you want.
trust issues.
inferior.
what have you.



aku begitu selalu lekas2 mahu lari dari tuan2 penasihat tak berjemput begini. kau takkan jumpa manusia tak kau kenal melukut di tepi bertiba2 memberi cakap2 dan nasihat berguni2.

itu orang gila.
hanya orang yang seolah2 mengenali engkau akan sibuk2 memberi kata2 seperti dia lebih tahu segalanya. dan orang2 sebegitu akan lekas singgungnya bila tidak kau turut dan angguk padanya.

itu;
menjadikan kita gila.
cakap memang senang.
cakap.
dan siap.



yang kelakarnya:
asyik dia yang nasihat kita.
kita?
baru bukak mulut dah dipengkes sampai hilang kata.

cakap main taram--
cakap pakai hentam--
kata orang kampung.



MEMANGLAH jawapannya ada dalam buku.
semua ADA.
apa jua jawapan yang baik2 dan mulia--
ITULAH jawapannya.

atau, kalau mau bagi jawapan yang terus potong SEMUA soalan--
jawab dengan respon agama.
solat.
sedeqah.
amal jariah.
puasa.

selesai.

cakap senang la.
itu sebab kadang2 seronok pulang paku buah keras pada tuan2 penasihat tak berjemput ini.
bila dia pulak memberi soalan yang sama--
ikutkan hati, rasa nak terus pegang bahu2 mereka dan kata sambil melihat tepat pada matanya:
solatlah.

haha.
tapi tak sampai pulak hati.
maka kita diam.
dan biarkan dia bercerita.

sebab sesungguhnya--
ada benda,
kita TAK PERLU pun beri respon apa.

mereka cuma nak bercerita.

cakap--
memang senang.
mendengar sambil diam--
ITU yang mustahil.



P/S: Yaya!berentilah dok gelak woi!!kang aku tumbuk hang kang..hahahahahha

Alat Kawalan Jauh

*Pause*
Kau umpamakan bajingan yang melalak tanpa arah.
Senyap kawan bahu bersandar bukan untuk apa-apa.
Kasihanlah!Memang geli hati orang mendengar!Habis dia nak kata apa lagi.
Engkau yang selongkar Alam.

Hahahahhaahah..
Ekin : Biarkan saja, sedalam mungkin bajingan akan mengambil tahu perihal kita! Itu kerja dia dari dahulu.



Az : Biarkan sahaja. Dah menjadi habit si bajingan itu stalker blog kau!


Hahahahahhahaha..
Yuyu : Nampak sangat dia stalker ko!


Aku : Ehhhh!Hahahhahahahha..Hahahhaha

*Silent*

Sekali lagi aku suka, mungkin betul,tangan menjadi habit demi aku, sebab aku sememangnya dah tahu dari dulu lagi. Memang tabiat Si Bajingan diwaktu kelapang jalan-jalan mencari pasal. Aku aminkan sahaja!Apa lagi yang mampu buat, kalau ada alat kawalan jauh yang selalu mengambil berat tentang aku. Siarkan sahaja!! Betapa ramai yang ambil berat. Terima Kasih lah yang sudi updated aku, aku pun tak penah nak tengok Blog Bajingan itu,tapi korang selalu je bagi tahu aku. Mungkin bajingan terperasan sendiri.

* Kadang-kadang penulisan aku sedikit kasar dan kabur-kabur untuk orang faham.
Tapi buat-buat paham sudah!Sebab bajingan boleh perasan. Inikan pula orang lain.


Isnin, 23 April 2012

Cubaan Lagi.

Exactly my Point

Serius.
Orang luar ramai tak tahu siapa kita.

Tak usahlah beriya2 mendabik hebat bahasa agama.Itu cuma satu propaganda berbau megah.

Maka siapa2 yang tersinggung sambil berkata:

Situasi 1:
''Opss..Aku nie!nak nasihat orang.kawan terdekat aku sendiri pun tidak berhijab.--Aku tak tegur''.

Situasi 2:
''Opsss..Aku mengata orang tidak menutup aurat, kawan baik aku sendiri pun keluar pakai seluar pendek. Sedangkan 1 bilik dengan aku, orang yang paling hampir dengan aku''.-- Aku lebih rela butakan mata janji aku masih ada kawan.

Situasi 3:
''Opsss..Aku termengata orang berpeleseran dengan orang yang bukan muhrim. Adik aku sendiri bergambar di Facebook berpelukan dengan kekasih sendiri! -__-" --jahilnya aku sebagai kakak tidak menegur!

Somenthing is wrong somewhere.
Cakap senanglah. Setan
Kau cakap mudah.

* Diletakkan tangan didada. Hati mula berkata, tak apa! yang aku tulis ini untuk kau! kau! kau! Janji terlunas dendam aku, apa yang aku tulis ini untuk dia! dia! dia!-- Yang pasti dia sahaja yang tidak menutup aurat,dia sahaja yang bergaul bebas,dia sahaja yang mengumpat dan lain-lain.--* Semua ini dituju utk aku sahaja!Umpama aku hidup seorang sahaja didunia ini.-- Ini nasihat! Terima Kasih.


Yang membuat lagi berdosa bila kita perasan orang mengata kita, lepas tue..Kita buat cerita pasal orang tersebut! Nau'zubillah. Maka tertunaslah dendam Si Polan kepada Si Polan. Nasihat itu semua untuk aku sahaja, orang lain nak buat apa pun tidak mengapa. Ada orang sanggup butakan mata. Sejahil-jahil aku yang tidak bertudung, tidak menyimpan k0!**m didalam beg hitam!! Manusia-manusia...( Sebelum kita membuka pekung orang lebih dalam,lebih jauh, cuba buka pekung kita dahulu. Ingat kita dahulu macam mana, kita bukan terus transform jadi Bidadari.

Apa yang aku hendak kata.
Rileks la!!
Jangan perasan sangat kita sempurna pada kata-kata.
Tak perlu kita nak buktikan pada orang kita bagus, baik dan sebagainya.
Cukup kita buktikan pada Allah.

Ahad, 22 April 2012

After Edit

After Edit

Comey jugak gambar after kita edit-edit. Muka look so smooth! Tak akan nampak Parut,Panau mahupun Jerawat! So kalau nk pic lebih cool! Maka edit la ye kawan-kawan. Bila jumpa depan-depan baru kita tahu muka tak semegah!!Bak hang muka pecah rumah terus keluar. (Omeyyyy!)

P/S: Testing..testing PicMonkey (Photo Editing)


Selamat mencuba semua!!!!

Rezeki Melimpah

Percutian yang dipenuhi dengan waktu makan. Bak kata my friends,'' Tolak batu ngan kayu je..yang lain semua jalan''. Sementara menunggu makanan,tapi masa nie tak tau la breakfast atau lunch. Hahahhahha...

My Lunch ( Chicken Chop)!!!Alhamdulillah

Yuyu lunch (Fish & Chip)....

P/S: Alhamdulillah, murah rezeki bila nak kawen nie.hehehhehe

Dinner!!!
Makan sampai lebam seafood!!Ikan, Udang, Kerang, Ketam & Sayur!!Nak habaq kat hang, terbaik semua makanan nie! Restoran Hokkaido! 

P/S: Makanan ini semua di sponser dermawan yang baik hati, after selesai memberi derma Rumah Anak Yatim Dengkil. Semoga sama2 lah kita murah rezeki kawan dan hidup dalam kegembiraan. Jika kita ada sedikit rezeki lebih, kongsilah bersama dengan orang yang memerlukan..walaupun sedikit! Percayalah berlipat ganda rezeki akan datang kepada kita. Kawan saya yang pemurah ini berbangsa Cina, Hati-hati pulang ke Ganu kite.





Jumaat, 20 April 2012

Kongsi Ilmu Dari Dunia

Biadap ni berjangkit. Tak caya, cuba sorang mulakan. Tak sampai sesaat, nescaya bersambung2 biadabnya. Tak kira siapa, apa darjat, apa jantina.

Kalau terbiadab orang depan kita,
Terbiadab jugalah kita nantinya.

Dan macam demam yang datang melanda, biadap datang dengan petanda. Tidak ia dengan selesema, tapi hingus bahasa merimas. Tidak ia berpedih mata, tapi dedar hati yang panas.

Tak ada orang membiadap tiba2.
Semua datang dengan tertibnya.
Tak percaya?
Perhati.

Akak pejabat yang mulut celaka--
Tidak dia membusuk tak semena.
Kawan serumah yang bibir neraka--
Tidak dia membangkai tak disangka.

Berbahaya sekali--
Biadap ini.
Hati2.

Tak ada siapa imun darinya.
Sebelum terjangkit--
Lari.



P/S: Thanks kakak ilmuan,kongsi segala ilmu dunia & akhirat.

Rabu, 18 April 2012

Selasa, 3 April 2012

Yes You

Kita perlu lantang menyuarakan pendapat, 
bukan lantang membahaskan betulnya pendapat. 
PENDAPAT BUKAN HUKUM. 
Dan Allah ciptakan manusia masing-masing mempunyai daya fikir yang berbeda.

Jangan Marah. Biarkan Sahaja



Kasihanlah pada yang memberi kata. Kasihanlah kepadanya, kita yang membaca berterima kasih pada perkongsian ilmu. Kasihan lah dia kerana memberi nasihat,malang dibelakang manusia terbit songsang kata. Kasihanlah pada dirinya,tanpa perhatian dibanding-bandingkan. Kasihanlah dia memerlukan kayu pemegang. Siapalah dia mengherdik kata dengan tidak mengenal.Malangnya...
Kalau diam nampak lemah. Kalau lantang nampak salah. Senangnya dia mundar mandirkan kebenaran. Kasihanlah....
Kejam dia menipu dengan berpura. Kami tidak faham. Tidak mengapa ramai yang suka pada dusta. 




P/S :Yang menentukan dosa pahala seorang muslim bukanlah seorang muslim yang lain tetapi Allah.  Don't be too harsh, nak menegur kena berhikmah, baru dapat melembutkan hati yang ditegur.

Bodoh Berganda

Bila aku nak guna aku mencari-cari.
Aku lupa ada pengguna yg mengambil.
Aku garu kepala.
Bodoh betul! bekas sabun pun tak mampu beli.
Woi...bekas sabun tu seringgit pun hang tak mampu beli ka.
Pencuri betoi!!
Molek sikit perangai hang tu dok sebut-sebut nama aku.
Muka tak semengah,lari tak bertanah lagi nak menabur dusta.
Perangai dilindung sebalik rupa tak semengah.
Kata orang muka tak elok takpa,janji hati mulia.
Nie kalau muka hodoh berjerawat ditambah cerca belakang kata.
Lu fikir lah sendiri....

P/S:Let them talk. Then put a smile. Because after all I know, ALLAH KNOWS BEST.(Mereka menyebut-nyebut namaku,kerana ingat!kasihanlah mereka...)

Rabu, 7 Mac 2012

Full Of Happiness


Beri kegembiraan kepada orang lain, Berganda-ganda kegembiraan yang kita peroleh.
Percaya ke tidak? percaya suda..keh3..

Get On Your Way.

What is important is not what happens to us, but how we respond to what happens to us. Struggles are required in order to survive in life. Because in order to stand up, you got to know what falling down feels like. Beauty will never last but character will so instead of beautifying our faces lets beautify our character.


                                                          Masjid dekat turki- kredit to MFI

Selasa, 6 Mac 2012

Awas! Lampu Merah

Ketika penat memikirkan segala sifat manusia.
Terlantar bersandar aku disatu sudut bisu.
Tidak terdaya lagi, tapi minta diri tidak runtuh luluh kerana mereka.
Awas!Lampu merah.(Aku kini berhati-hati utk berkasih pada hati kawan)
Berhenti.

* Manusia yang berakal ialah manusia yang menerima dan meminta nasihat.-Shaidina Umar Al- Khatab


Aku jumpa jasad manusia yang tidak pernah rasa salah,
tidak pernah mahu mendengar nasihat orang lain. Sayang dia tidak punya apa.
Antara enigma dan dilema.
Keangguhan tak semengah.
Kenapa jasad?
Sebab dia memalingkan muka mungkin kerana khilafnya.
Tidak salah tak mengapa.




Kapal Terbang Terbakar

Susah hati kalau lirik lagu disalah anggap.
Susah hati jugak kalau orang buat salah rasa malu dengan apa yang dibuat.
Lari! Malu!Pusing!Laju!Lalu!Bisu
Menutup khilaf, Kau takkan kenal gadis itu.
Kerana dia bijak sungguh menipu.
Kenapa nak malu, kan kau betul.
Aku cuma mampu lihat dan geleng kepala jika itu yang aku mampu.
Mungkin terasa luka di gesel-gesel lagi.
Luka takkan hilang sampai bila-bila jika tersemat niat hasad dengki.
Selongkarlah langit dan bumi pun,
Semakin kau selongkar. Kau akan jumpaa khilafmu.
Moden ini tidak mungkin mengubah apa-apa.
Kejam itu sifat semula jadi manusia yang tak punya apa.
Ketika kau mula menjaja pada manusia,
Kau lupa manusia sedang menjaja sama.
Itulah sifat manusia.
Berbaris soalan tercipta.
Manusia-manusia cuma menunggu jawapan.
Jangan bina bahasa belakang yang songsang.
Apa lagi sedang membelit hak.

Memalukan
Cukup memalukan.
Sebuah kapal terbang yang penuh dengan impian.
Ingin memiliki segala yang istimewa pada diri orang lain.
Sedang lupa dan menutup keistimewaan diri sendiri.
Sedang marak terbakar.

Isnin, 5 Mac 2012

Lalu Satu Ketika Dulu

Obsesnya terhadap diriku,sanggup berubah untuk melupakan semua.
Politik ini antara 2 kisah yg takkan terselongkar 
Mimpi-mimpinya aku punya cerita yg terindah.
Luahan silang kata berbisa, ayat perangkap jiwa.
Kasihanlah.
Tersimpan satu jiwa. 
Hilang tempat dia bermanja.
Itu semua satu dugaan.



Senyum Gembira

Sekarang rasa rezeki semakin murah. Alhamdulillah. Updated segala hal hanya dihujung jari. I luv Ipad.
Keh..keh..

Testimony





















Testimoni untuk kawan-kawan di opis. Semoga puas hati !!! Kalau ada benda baik,kita khabar-khabarkan supaya boleh dikongsi bersama.- Yaya

Sesak Padat Lazat

Hari sabtu yang padat dengan aktiviti. Tapi apa yang padat sangat?
Baca buku ok! Nak final. Then petang pulak saya harus meet someone yang selama nie berbual dalam telefon dan sms je(Urusan kerja). Walaupun malas nak jumpa dekat tempat yg sesak,tapi ku gagah juga pergi IKEA, sambil tu boleh jumpa kawan-kawan sy yg perform dekat  The Curve.





























Taraaaa!!..This person yang saya nak jumpa tue. K.nani & Hanis. Yeahhh!akhirnya dapat jugak ambil barang-barang yg dipesaan oleh kawan-kawan opis sy. Opss.!lupa nk bg tau, hanis sangat cantik ok. Apa-apa pun, thanks k.nani sebab redah jem dekat IKEA tu. Lagi satu paling best sebab bersesak-sesak aku dengan member aku sebab nk makan meatball & Tutti futti. nyummm! Oshemm.

Jumaat, 2 Mac 2012

Promote! Lai..Lai..



Promo For Modread second album.
Untuk dapatkan second album Band Modread boleh contact kami.
Azri Kirk - 012-9201881 
Lan - 017-53820023


SEKARANG!!!! HFY~
Lagu sume Osheeemmm!!







Rabu, 22 Februari 2012

Kegembiraan Satu Masa Dulu

Tour Launching Album Modread
Seremban Chooor!

Penat semua band perform!tapi tak dapat bayaran...
Muka radhi muka marah ke..muka apa tu?

Bezdaay Kirk Modread!Sambut kat pusat jamming je....
Ini semua team2 modread.

Cheft & Cloth Club Bkt Bintang.
( Band mana satu perform tak ingat? Mayalara,Jenny Rocket,Sids?? Aku lupa. Memory Lost! )

Yaya & Jue
( Kawan yg paling sy sayang )

Noh lidah panjang!Kalah main pingpong.

Yaya & Aifa
( One cafe! Rock babehhh! )

Yamal,Yaya,Yanot.
( Amal jgn marah ok! )

P/S: Satu ketika dulu,rasa muda,cantik,bergaya. Sekurang-kurangnya boleh perasan seketika masa itu,walau tak pernah ambil kisah. Kalau pada hari ini perasaan yang sama seperti masa muda duhulu mesti sekarang nie tengah terkinja-kinja. Menerujakan betul mimpi-mimpi dahulu. Dulu hari-hari cakap aku cantik,walaupun berseluar terkoyak dekat lutut..Sebab tu la kot dulu rasa cantik! Sekarang tak rasa dah.-_-"