Rabu, 21 Disember 2011

One in A Million

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pagi ini dapat email dari bakal tunang, kami bakal di tunangkan pada 25 December 2011. Jujur aku sangat terharu,memang sebelum ini banyak sangat masalah antara aku dan dia. Cukuplah aku kongsi bersama kawan-kawan,bakal tunang aku nie, satu sekolah dengan aku dahulu,dan dia tidak pernah mengenali aku. Dan aku semestinya mengenali dia. Aku mengenali dia sama seperti rakan-rakan sekolah yang lain mengenali dia.Dia salah seorang pemain bola di Sekolah kami. Dah nama pemain bola kan mesti lah ramai yang kenal,malangnya sapalah aku,baru kenal tahun lepas je..hahahha! Jumpa pun dalam Facebook.(Cinta Muka Buku-Najwa Latif

Aku tinggal di Kuala Lumpur dan bakal tunang aku tinggal di P.Pinang. Macam mana tue? Selama setahun ini jugak lah,beberapa kali ja kami berjumpa dan hari-hari bersms. Bosan bukan! Jumpa bila aku balik kampung,dan kami decide nak bertunang. Tipulah aku,kalau aku cakap aku tak pernah ada masalah dengan dia. Semua orang ada kisah masing-masing di belakang hari,tapi aku mintak sangat,di depan hari sentiasalah berlaku jujur dengan aku. Aku tak pernah mintak apa-apa rasanya,cuma aku mintak dia berlaku jujur je dalam semua perkara. Tak susah kan?Boleh kamu lakukan bukan?

Untuk beberapa hari lagi sebelum kami ditunangkan,dan untuk hari ini yang membuat aku terharu dengan email dari dia. Aku tahu,dia juga tahu aku nie seorang yang keras hati dalam segala hal. Sekali aku membuat keputusan,susah untuk aku pikir untuk kedua kalinya. 

"Yes you! I wait for the right time,the right person." Thanks


P/S: Pasti bakal tunang aku sekarang sedang menutup muka sebab malu, Dia dah warning aku,jangan tunjuk video nie kat sapa-sapa. Sekali lagi aku mintak maaf. MAAF*

Untuk Bakal Tunang :  Saya terima awak seadanya awk,bukan kerana awak pemain bola ,bukan sebab awk belajar lagi nk jadi engineer,bukan sebab awk bergaji tinggi atau bergaji kecil,bukan sebab seperti yang awk cakap awk hensom dan macho. Saya terima awk sebab diri awak yang pertama kali saya jumpa masa berbuka puasa tahun lepas sambil mencari meja kosong dan memberi saya sebotol air mineral!!(kenapa air mineral,kenapa tak air Coca-cola,kedekut!). 

Boleh awak terima saya seadanya? Sebab setahun awk kenal saya,saya rasa awk mesti sudah mengenali pelbagai perangai-perangai pelik saya...^_*

4 ulasan:

  1. Congrats yaya...finally...
    sikit nasihat daripada aku..
    jangan tunang lama2..
    dan bila dah bertunang tu kau jagalah tunang kau elok2..jangan bagi ruang dan double kan kasih sayang kau kalau kau betul2 sayang kat dia..
    tambah2 korang berdua dok jauh kan..
    kau pun kena jaga diri kau..
    dugaan bertunang ni sangat banyak..
    ko akan hadapai nanti..
    yang penting kesabaran...
    anyway, aku doakan korang berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat..amin

    BalasPadam
  2. congrats yaya ;
    semoga cepat2 naik pelamin ;
    dan ;
    blog ni hebat :)
    keep it up ;
    macam nak stalk sini hari2 ; boleh? heheh

    BalasPadam
  3. thanks yanot...yaya tunggu turn yanot pulak..
    (;

    BalasPadam