Jumaat, 9 Disember 2011

Isu Perempuan Tidak Bertudung dan Bertudung.

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit kisah tentang perempuan yang bertudung dan tidak bertudung.Entri kali ini nampak aku sedkit kecewa dengan pandangan-pandangan kawan-kawan yang cerdik pandai ceramah kepada orang yang tidak bertudung sambil mengumpat sedikit orang-orang tertentu yang tidak memakai tudung. Huhhh!!cik kak oi,dah ceramah dapat pahala,kenapa pulak di umpatnya pulak orang tak bertudung tu,tambah sedikit pahala bertimbun dapat dosa.


Situasi ( Apa kata aku..)
Ada yang pakai tudung memang baik
Ada yang pakai tudung tapi jahat
Ada yang tak pakai tudung tapi baik
Ada yang tak pakai tudung tapi jahat.

Jalan-jalan cari makan....
Ayah: Bila besar nanti ayah nak kamu pakai tudung. 
Anak: Kenapa kena pakai tudung ayah?
Ayah: Pakai tudung itu wajib,bagi menutup aurat seorang perempuan.Perempuan yang tak bertudung jahat. Tak ikut perintah Allah.
Anak: Jadi mak jahat la eh ayah?
Ayah: Kenapa pulak?
Anak: Sebab mak tak pakai tudung?
Ayah: Taklah!mak kan sembahyang,mengaji.berpuasa.suka menolong orang.
Anak: Habis ayah kata kalau tak pakai tudung jahat?
Ayah: Bukan semua yang tak bertudung jahat.
Anak: Jadi bertudung nie baik eh ayah? macam kakak tue.(gambar dibawah)

gambar hiasan ( Apa punya fesyen dia nie pown aku tak taw.)

gambar hiasan ( Cantik bukan..heheh)

gambar hiasan( hensom tak akak merokok..^_^)

Ayah: $%#@^* Janji dia bertudung mengikut apa yang Allah suruh.
Anak: Owhh..saya geli lah ayah tengok kakak tue pakai tudung peluk-peluk lelaki tue!Mak baik je walau tak bertudung,ayah tengok kat tv tue,takkan perempuan tak pakai tudung tue jahat jugak?Dia kan tengah baca Al-Quran.

gambar hiasan

Anak: Mak baik je kan ayah. Tapi adik rasa bukan semua yang tak bertudung tu jahat la yah!! Cikgu kat sekolah adik baik je ayah,dia tak bertudung,tapi dia selalu suruh adik & semua berbuat baik. Mesti banyakkan ayah pahala dia dapat!Ayah nie..pandai-pandai je cakap orang tak bertudung nie jahat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah golongan yang bijak dalam agama,tapi saya jugak bukan bodoh tak tahu dosa pahala..

Yang memakai tudung, sudah cukup sempurnakah cara penutupan aurat kita?

P/S: Sejak kebelakangan ini aku sudah jelik dengan orang yang suka bagi ceramah dekat aku yang ntah apa-apa,bagi ceramah sambil mengumpat,bagi nasihat pown macam tak kena,lagi lah aku jelik mendengar. Tapi bukan b'erti aku tidak menerima nasihat mereka,yang baik aku ambil.Yang buruk aku lemparkan jauh-jauh. Aku tahu memakai tudung itu wajib. Aku tahu!walaupun aku tidak bertudung,aku tahu itu dosa aku dengan Allah. Tapi dosa kamu-kamu yang memakai tudung yang mengumpat,mengkeji macam mana?  Cukuplah aku ingin berkata,pakai tudung itu tak semestinya baik,tak pakai tudung pulak tak semestinya jahat. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat,tapi tutup aurat itu semestinya pakai tudung. Kadang-kadang mulut orang perosak reputasi,modifikasi depan senyum nampak gigi,belakang dengki. Siapa tahu? Mungkin sedikit perlu diperbetulkan pandangan masyarakat sekarang,perlu perbetulkan lagi kefahaman yang ada agar bukan memandang jelik pada yang tidak bertudung. Saya tidak akan berkata saya kahwin nanti saya akan pakai tudung atau belum sampai seru & sebagainya....( Aku diam.)

Jika tak puas hati & nak komplen, deal terus dengan Allah.Jangan diumpat keji menambah dosa.( Kena faham betul-betul maksud bahasa kasar ini...)
Kan ramai manusia tak takut pada Allah sekarang, Jika aku tidak silap Al-Quran jugak ada tertulis,muncul golongan-golongan yang bijak pandai memutar belitkan perkara bg kepentingannya sendiri
.

(Kalau ada tersilap apa yang saya tulis ini,tolong tegur..)

3 ulasan:

  1. kita balik pada base,quran dan sunnah..walau dari ape aspek skalipun,hijab/tudung adlah wajib,xde kmpromi..cume bila si pemakai tudung melakukan maksiat,anggap je mereka ni hidup tidak berpanduan (quran & sunnah) macam bawak keter xde lesen,main langgar jer..memg kita leh cakap "pakai tudung xsmsti baik,xpakai xsmesti jahat"..kita memang suka mencari dalih..kenapa xcari hikmahnya?..cukup ke sekadar baik je?..salah ke kalau cakap,pakaian menunjukkan peribadi?..kalo yang seksi,xtutup aurat,org keliling tengok aurat kita yg sepatutnya rahsia kita je,sepatutnya jadi hak suami tapi 'dijamah' org len,baik ke perkara tu?..ermm,nabi yang cnfirm masuk syurga pun masih takot dengan neraka,betol?,so ape yg buatkan dengan baik je leh msuk syurga?..just sekali sekala kita try or brubah kepada yang lebih baik xsalah pun..isu tudung or aurat nih,DALIH je yang menghalangnya..bukn nak berceramah,sekadar menasihati diri sendiri je..insyallah,Allah bersama setiap hambanya yg mencari keredhaannya..

    BalasPadam
  2. slm,ustaz apakh dosa bgi seurat rambut yg kiter tonjolkan?

    BalasPadam