Khamis, 8 Disember 2011

Entah Siapa Teraniaya & Dianaiya

Dah selesai kerja.

Aku rasa jauh lebih baik aku jujur sahaja setiap apa yang aku buat,biar kadang-kadang jelik dimata mereka. Janji ramai yang tahu aku memang begitu, Oh! aku bukan yang nak di depan sesiapa sahaja begitu sopan sehingga aku dipanggil mulia,baik & segalannya. Bukan aku. Cukup simple sesiapa yang kenal dan tahu aku bagaimana. 

Kalau ada kawan yang rasa aku akan susah hati dengan ketiadaan kawan. Korang silap,sebab korang tak cukup kuat untuk menjatuhkan aku,memfitnah aku kerna masih ada sejuta kawan yang menjadi tiang dibelakang aku. Ada seribu kawan lagi menyokong aku supaya aku tidak jatuh dengan kerja kuat umpat keji fitnah orang. Aku tidak mahu menyembunyikan kenyataan yang ada hanya kerana kawan. Sebab aku pasti bukan ramai yang buta menilai. Untuk sekarang yang ada,aku berbahagia diatas segala kebenaran. Walaupun kehilangan kawan memang menyedihkan aku. Aku tak kisah engkau mempergunakan setiap yang ada untuk nampak teraniaya,aku harap kawan,agar engkau melangkah dengan pasti, dan memandang ke depan tanpa keraguan di hati. sebab rintangan dan aniaya apa pun tak lagi mampu menakut-nakuti aku. Tubuh aku penuh parut luka tapi aku halalkan.


P/S: Ingat kawan-kawan,sesiapa sahaja tidak lari dari mendengar masalah kawan. Tapi tolonglah jangan jadi batu api, jangan jadi api dalam sekam,jangan jadi minyak api dan apa sahaja seangkatan dengannya. Dan kepada yang mendengar,anda tidak tahu dimana puncanya,jangan pandai-pandai nk cakap yang bukan-bukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan