Khamis, 29 Disember 2011

MSG Tidak Akan Berulang Utk Berkali-Kali

Sms: Boleh kamu berlaku jujur untuk selepas ini?
Sms: Boleh kamu?



P/S: Hentak sebelah kaki tak berbunyi kuat,kena lompat-lompat baru bunyi kuat. Jadi jgn cuba main lompat-lompat sambil sep-sep tangan,kang aku takut aku tertampar dua-dua. Last reminder!


Untuk ex- Aku cakap dah banyak kali,jangan bagi aku cakap guna tangan sudah!Untuk ex2 yg tak faham bahasa dan suka main sep-sep..Jangan nak sep-sep sngt!! Jgn nak sapa dapat dia punya,dah awal-awal tak dapat,balambak lagi yg korang bole dapat. shuuhhh!main jauh-jauh.

Gula-Gula Cinta

Selamat Bertunang Yaya.



                                   Tunggu bacaan doa selamat habis diruang tamu...
                                                                           Sedang mempersiapkan diri...


                                                  Bersama sepupu-sepupu....




P/S: Semoga persahabatan dan ikatan yg terjalin ini akan berakhir ke jinjang pelamin.Amin~

Rabu, 21 Disember 2011

One in A Million

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pagi ini dapat email dari bakal tunang, kami bakal di tunangkan pada 25 December 2011. Jujur aku sangat terharu,memang sebelum ini banyak sangat masalah antara aku dan dia. Cukuplah aku kongsi bersama kawan-kawan,bakal tunang aku nie, satu sekolah dengan aku dahulu,dan dia tidak pernah mengenali aku. Dan aku semestinya mengenali dia. Aku mengenali dia sama seperti rakan-rakan sekolah yang lain mengenali dia.Dia salah seorang pemain bola di Sekolah kami. Dah nama pemain bola kan mesti lah ramai yang kenal,malangnya sapalah aku,baru kenal tahun lepas je..hahahha! Jumpa pun dalam Facebook.(Cinta Muka Buku-Najwa Latif

Aku tinggal di Kuala Lumpur dan bakal tunang aku tinggal di P.Pinang. Macam mana tue? Selama setahun ini jugak lah,beberapa kali ja kami berjumpa dan hari-hari bersms. Bosan bukan! Jumpa bila aku balik kampung,dan kami decide nak bertunang. Tipulah aku,kalau aku cakap aku tak pernah ada masalah dengan dia. Semua orang ada kisah masing-masing di belakang hari,tapi aku mintak sangat,di depan hari sentiasalah berlaku jujur dengan aku. Aku tak pernah mintak apa-apa rasanya,cuma aku mintak dia berlaku jujur je dalam semua perkara. Tak susah kan?Boleh kamu lakukan bukan?

Untuk beberapa hari lagi sebelum kami ditunangkan,dan untuk hari ini yang membuat aku terharu dengan email dari dia. Aku tahu,dia juga tahu aku nie seorang yang keras hati dalam segala hal. Sekali aku membuat keputusan,susah untuk aku pikir untuk kedua kalinya. 

"Yes you! I wait for the right time,the right person." Thanks


P/S: Pasti bakal tunang aku sekarang sedang menutup muka sebab malu, Dia dah warning aku,jangan tunjuk video nie kat sapa-sapa. Sekali lagi aku mintak maaf. MAAF*

Untuk Bakal Tunang :  Saya terima awak seadanya awk,bukan kerana awak pemain bola ,bukan sebab awk belajar lagi nk jadi engineer,bukan sebab awk bergaji tinggi atau bergaji kecil,bukan sebab seperti yang awk cakap awk hensom dan macho. Saya terima awk sebab diri awak yang pertama kali saya jumpa masa berbuka puasa tahun lepas sambil mencari meja kosong dan memberi saya sebotol air mineral!!(kenapa air mineral,kenapa tak air Coca-cola,kedekut!). 

Boleh awak terima saya seadanya? Sebab setahun awk kenal saya,saya rasa awk mesti sudah mengenali pelbagai perangai-perangai pelik saya...^_*

Counting the day



Sekarang mungkin tengah sibuk-sibuk dengan persiapan...

Selasa, 20 Disember 2011

Ragam ( Annual Dinner )

Lai..lai..!!register first~

Sebelum Dikir Barat.Wohho!

Sebelum perform*

Muka malu selepas perform!Amik kawww...

P/S: Untunglah sapa yang dpt TV LCD masa cabutan bertuah..aku tak bertuah sangat..hahha



Sementara

Mahu jadi yang lebih senyap.
Mahu jadi yang lebih baik.
Tidak mahu jadi pelarian utk hidup ini.
Tidak mahu menampakkan kesedihan utk hidup ini.
Kerana manusia bukan semua yang baik utk didekati.

Believe, Sometimes Live Can Be So Complicated.

Kenapa sejak kebelakangan ini,aku lebih suka memikirkan banyak perkara. Aku kadang-kadang takut aku tersalah catur dalam membuat keputusan. Siapa lagi akan peduli tentang-tentang ini, ini soal hidup berterusan dimasa hadapan. Banyak benar persoalan yang bermain diminda untuk ketika ini sebelum tiba masanya. Banyak jugak jawapan yang aku masih tidak dapat jawab. Aku tidak mahu hidup aku penuh dengan was-was untuk akan datang. Aku jugak tidak mahu bermanis muka untuk apa sahaja walaupun kadang-kadang aku tidak suka. Aku tidak mahu pembohongan itu menjadikan situasi. Tidak sama sekali.Tidak mahu berimpian terlalu tinggi,kerana aku takut.

Sekejap-
Aku rasa aku nak terokai lagi apa yang dilalui. Sakit bukan kawan,diperkecilkan,dikhianati,diperbodohkan utk kehidupan ini. Ada dia yang masih memaafkan,ada dia jugak yang tidak tahan dan terus buat keputusan. Biar aku mengelamun dan berfikir sejenak, aku jugak pernah lari baru-baru ini,pernah tertipu kerana situasi. Aku juga rasa tertipu sehingga kini,entah dimana lagi untuk aku pupuk semangat untuk mempercayai. Langsung dan tidak langsung,aku masih biarkan orang lain membuat keputusan. MAAF* Adakah aku buat-buat untuk akan datang.

I never give up to ask myself to be more better. Mudah-mudahan rindu berpanjangan,benci sekejap-sekejap sahaja. Begini begitu biar berlalu. Boleh??


Jumaat, 16 Disember 2011

Ahhaa.

You can't change your situation. 
The only thing you can change is how you choose to deal with it.

Khamis, 15 Disember 2011

Daraa

Dalam satu bulan sahaja, pelbagai benda aku dapat lihat ragam Daraa. Uda dah tentu tak ada untuk Daraa,kenapa agaknya?Dimana silapnya Daraa. Mungkin cakap meninggi diri dan tidak mahu jatuh langsung. Ohh!Dara sedikit pun tidak rasa kehilangan Daraa,sebab mungkin sudah sampai tahap untuk berdiam sahaja menegur Daraa. Daraa masih tidak faham dan tidak dapat terima sedikit pun penjelasan Dara. Itulah lumrah hidup manusia didunia. Boleh mengkritik dan tidak dapat menerima jika dikritik. Bukan Dara membenci Daraa,tapi tak tahu dimana silapnya Dara dengan sikap Daraa.

Kenapa agaknya Daraa begitu cemburu kepada Dara kerana satu SMS je,sedangkan Dara tahu Daraa pulang ke kampung bersama kawan-kawan Daraa sendiri. Takkan kerana Dara menghantar SMS kepada salah seorang kawan Daraa,Daraa berasa cemburu. Sedangkan kita semua adalah kawan. Dara malas mempersoalkan apa yang terjadi apa bila Dara pulang ke Kuala Lumpur,mungkin Dara lebih selesa begitu,sebab Dara tidak tahu dimana salah Dara.

Ada sambungan...

P/S: Dara tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi pada Daraa. Hanya Daraa yang tahu

Rabu, 14 Disember 2011

Kejam & Kekejaman

Yaya Hafiza bukan calang-calang gadis.

Kadang-kadang biasa sangat dengar orang cakap kejam bila sesuatu keputusan diambil.
Tapi siapa yang melakukan kekejaman?


Aku tak mengharap apa pun. 
Apa lagi yang ada sayang!
When it comes to the end-

P/S: Aku yakin pada Dia yang menyusun takdir.

Adil Bukan.

Everything is going to be Okay.!!
Betapa hebat dan gagah bukan. Betapa adil bukan kehidupan ini.
Apa yang cuba kamu tayangkan? Apa jugak yang kamu bisa lakukan. Benar bukan kata-kata aku,buatlah jahat didepan dan dibelakang pon,sedikit aku tidak kisah. Sebab aku tahu betapa adilnya Dia pada orang-orang yang teraniaya. Hari ini kau tipu aku,tapi percayalah...Sikit hari lagi aku pulak tipu kau. Hari ini kau sembunyi sesuatu, sedikit hari aku tahu sesuatu.

Aku meletakkan kecekalan pada hati,untuk beberapa minggu lagi. Walaupun pada satu masa rasa sedih gila-gila. Tapi aku percaya pada keajaiban Tuhan.'' Tuhan sahaja yang tahu aku sakit''. Tapi sayangnya,masih mampu tersenyum dan masih bersabar.

Kalau diberi pilihan untuk memilih sekali lagi,apa syarat yang aku nak letakkan?

Ok..aku rasa aku tidak waras dalam membuat sesuatu keputusan! Yaya memang kepala angin-Terima Kasih

takpe..takpe..
Saya memang berharap kesihatan saya baik seadanya.
Aku jugak selalu berharap apa sahaja perbuatan manusia yang tidak baik terhadap aku, Biar Tuhan sahaja yang balas. Takut kalau aku yang balas,aku terover balas pulak!
Aku lupa hidup ini mencabar sungguh-sungguh!Tapi tak mengapa aku ok!
Jangan mudah rasa lega bila aku nampak O.K
Kadang-kadang memberi ruang itu untuk kebaikan.
Tak begitu?

Sabtu, 10 Disember 2011

Jumaat, 9 Disember 2011

Isu Perempuan Tidak Bertudung dan Bertudung.

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit kisah tentang perempuan yang bertudung dan tidak bertudung.Entri kali ini nampak aku sedkit kecewa dengan pandangan-pandangan kawan-kawan yang cerdik pandai ceramah kepada orang yang tidak bertudung sambil mengumpat sedikit orang-orang tertentu yang tidak memakai tudung. Huhhh!!cik kak oi,dah ceramah dapat pahala,kenapa pulak di umpatnya pulak orang tak bertudung tu,tambah sedikit pahala bertimbun dapat dosa.


Situasi ( Apa kata aku..)
Ada yang pakai tudung memang baik
Ada yang pakai tudung tapi jahat
Ada yang tak pakai tudung tapi baik
Ada yang tak pakai tudung tapi jahat.

Jalan-jalan cari makan....
Ayah: Bila besar nanti ayah nak kamu pakai tudung. 
Anak: Kenapa kena pakai tudung ayah?
Ayah: Pakai tudung itu wajib,bagi menutup aurat seorang perempuan.Perempuan yang tak bertudung jahat. Tak ikut perintah Allah.
Anak: Jadi mak jahat la eh ayah?
Ayah: Kenapa pulak?
Anak: Sebab mak tak pakai tudung?
Ayah: Taklah!mak kan sembahyang,mengaji.berpuasa.suka menolong orang.
Anak: Habis ayah kata kalau tak pakai tudung jahat?
Ayah: Bukan semua yang tak bertudung jahat.
Anak: Jadi bertudung nie baik eh ayah? macam kakak tue.(gambar dibawah)

gambar hiasan ( Apa punya fesyen dia nie pown aku tak taw.)

gambar hiasan ( Cantik bukan..heheh)

gambar hiasan( hensom tak akak merokok..^_^)

Ayah: $%#@^* Janji dia bertudung mengikut apa yang Allah suruh.
Anak: Owhh..saya geli lah ayah tengok kakak tue pakai tudung peluk-peluk lelaki tue!Mak baik je walau tak bertudung,ayah tengok kat tv tue,takkan perempuan tak pakai tudung tue jahat jugak?Dia kan tengah baca Al-Quran.

gambar hiasan

Anak: Mak baik je kan ayah. Tapi adik rasa bukan semua yang tak bertudung tu jahat la yah!! Cikgu kat sekolah adik baik je ayah,dia tak bertudung,tapi dia selalu suruh adik & semua berbuat baik. Mesti banyakkan ayah pahala dia dapat!Ayah nie..pandai-pandai je cakap orang tak bertudung nie jahat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah golongan yang bijak dalam agama,tapi saya jugak bukan bodoh tak tahu dosa pahala..

Yang memakai tudung, sudah cukup sempurnakah cara penutupan aurat kita?

P/S: Sejak kebelakangan ini aku sudah jelik dengan orang yang suka bagi ceramah dekat aku yang ntah apa-apa,bagi ceramah sambil mengumpat,bagi nasihat pown macam tak kena,lagi lah aku jelik mendengar. Tapi bukan b'erti aku tidak menerima nasihat mereka,yang baik aku ambil.Yang buruk aku lemparkan jauh-jauh. Aku tahu memakai tudung itu wajib. Aku tahu!walaupun aku tidak bertudung,aku tahu itu dosa aku dengan Allah. Tapi dosa kamu-kamu yang memakai tudung yang mengumpat,mengkeji macam mana?  Cukuplah aku ingin berkata,pakai tudung itu tak semestinya baik,tak pakai tudung pulak tak semestinya jahat. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat,tapi tutup aurat itu semestinya pakai tudung. Kadang-kadang mulut orang perosak reputasi,modifikasi depan senyum nampak gigi,belakang dengki. Siapa tahu? Mungkin sedikit perlu diperbetulkan pandangan masyarakat sekarang,perlu perbetulkan lagi kefahaman yang ada agar bukan memandang jelik pada yang tidak bertudung. Saya tidak akan berkata saya kahwin nanti saya akan pakai tudung atau belum sampai seru & sebagainya....( Aku diam.)

Jika tak puas hati & nak komplen, deal terus dengan Allah.Jangan diumpat keji menambah dosa.( Kena faham betul-betul maksud bahasa kasar ini...)
Kan ramai manusia tak takut pada Allah sekarang, Jika aku tidak silap Al-Quran jugak ada tertulis,muncul golongan-golongan yang bijak pandai memutar belitkan perkara bg kepentingannya sendiri
.

(Kalau ada tersilap apa yang saya tulis ini,tolong tegur..)

Khamis, 8 Disember 2011

The Power


Buku ke-2 selepas The Secret


P/S: Buku yang aku beli Ahad lepas,masih aku tidak berkesempatan untuk membaca. Aku tahu segala isi di dalamnya sangat bagus dan aku sangat teruja utk membaca,tapi masih lagi tidak berkesempatan..aku hanya sempat membelek-belek sahaja. Sorry buku!

Entah Siapa Teraniaya & Dianaiya

Dah selesai kerja.

Aku rasa jauh lebih baik aku jujur sahaja setiap apa yang aku buat,biar kadang-kadang jelik dimata mereka. Janji ramai yang tahu aku memang begitu, Oh! aku bukan yang nak di depan sesiapa sahaja begitu sopan sehingga aku dipanggil mulia,baik & segalannya. Bukan aku. Cukup simple sesiapa yang kenal dan tahu aku bagaimana. 

Kalau ada kawan yang rasa aku akan susah hati dengan ketiadaan kawan. Korang silap,sebab korang tak cukup kuat untuk menjatuhkan aku,memfitnah aku kerna masih ada sejuta kawan yang menjadi tiang dibelakang aku. Ada seribu kawan lagi menyokong aku supaya aku tidak jatuh dengan kerja kuat umpat keji fitnah orang. Aku tidak mahu menyembunyikan kenyataan yang ada hanya kerana kawan. Sebab aku pasti bukan ramai yang buta menilai. Untuk sekarang yang ada,aku berbahagia diatas segala kebenaran. Walaupun kehilangan kawan memang menyedihkan aku. Aku tak kisah engkau mempergunakan setiap yang ada untuk nampak teraniaya,aku harap kawan,agar engkau melangkah dengan pasti, dan memandang ke depan tanpa keraguan di hati. sebab rintangan dan aniaya apa pun tak lagi mampu menakut-nakuti aku. Tubuh aku penuh parut luka tapi aku halalkan.


P/S: Ingat kawan-kawan,sesiapa sahaja tidak lari dari mendengar masalah kawan. Tapi tolonglah jangan jadi batu api, jangan jadi api dalam sekam,jangan jadi minyak api dan apa sahaja seangkatan dengannya. Dan kepada yang mendengar,anda tidak tahu dimana puncanya,jangan pandai-pandai nk cakap yang bukan-bukan.

Selasa, 6 Disember 2011

Bergolak


Sedang cuba-cuba menghindarkan diri dari umpat keji dikemudian hari.

Masih ada masalah dengan segala perancangan. Dan sedang sedaya upaya menjaga hati semua pihak.
Dalam proses menyiapkan persiapan E-day.
Huuuhhhh!

Jenab Vrommm..


Ribu-ribu di tepi jalan,
anak buaya megat tasik,
Walau beribu orang di jalan,
hanya aku dipandang cantik.

Berakit-rakit dulu ke hulu,
Pesanan orang-orang tua dulu,
Takkanlah nak aku mulakan dulu,
Of coz la aku ni pemalu.



P/S: Hahahahaha..nampak sangat aku tak ketahuan,takde keje.^_^

Makan-makan


Some picture of the food.nyumm3...

Big Apple

Nasi Ayam Penyet

Nasi Udang Penyet

Steamboat

Ain menjamu selera...

Tin & Noain makan ayam

Chinese Restaurant Kg.Baru 
(Restaurant jalan-jalan cari makan,memang sedap!!Bagai ingin menjilat jari kaki....)

Udang Prawn & apa ntah nama makanan yang lain.

Wantan Mee

Amboi..suka sunggoh noin & Fatin nie..

Menunggu hujan berhenti...nak lari p kat kereta,jauh sangat...


Enjoy the life~

P/S: Takkan lah nak keluar makan,aku tak makeup pown nak jadi isue!!releks sude..Betoi tak noin ngan Tinton..

BN Youth Fair'11

Kisah yang dah lepas,tapi baru terjumpa gambar-gambar masa pergi Karnival BN Youth Fair '11.Disebabkan aku mempunyai banyak masa terluang,maka aku mengambil keputusan untuk pergi ke Event BN Youth Fair ''11. Walaupun aku tahu dekat event tu penuh dengan job seeker,so apa salahnya aku mencari peluang-peluang pekerjaan yang baru, Lagi pun aku pergi ke sana menemani kawan aku yang mencari pekerjaan akibat kontrak hikmat nya dengan Maybank hampir habis tempoh. Sangat banyak booth-booth government yang ada pada hari tue,tapi malangnya,pengunjung-pengunjung yang ingin meminta pekerjaan didalam sektor government kena isi SPA Online. So what point booth-booth government membuat event ini,bukan kah dirumah jugak boleh isi online SPA???? Takpe lah.banyak lagi booth-booth sektor swasta yang ada dan memberi peluang kerjaya yang better rasanya,sedikit terubat kekecewaan para pengunjung rasanya dengan adanya booth-booth Petronas,Muhibbah & lain-lain.

A'ah..aku jugak mengambil kesempatan mengisi kekosongan yang ada. Memang wajiblah kan isi form yang mana aku berkenan, bengkak kaki aku pusing sana-sini,tak kan datang nak teman kawan je..^_^


Aku paling suka booth-booth tentera udara,tentera darat,tentera laut,Polis dan Bomba..memang stlye la...abang-abang askar pown hensem jugak..terutama tentera udara...hehehhehe!! Tapi paling best boleh tengok bom,senapang dan seangkatan dengannya. Terror pulak aku nak bg taw nama senjata dorang,memang tak la kan...BEST-


P/S: Kaki sakit, tapi masih bole tersenyum. 

Isnin, 5 Disember 2011

Pertelingkahan


Tiada istilah pentingkan diri sendiri utk berdua.
Permintaan yang besar memerlukan pengorbanan yang besar.
Jangan disoal tentang sayang dan cinta.
Ini bukan lagi kisah teruna dan dara.
Kalau masa sekarang pun acuh tak acuh,
Di tangan lampu aku masih bersuluh.
Kalau tak mahu,tinggalkan saja...

Aku masih suka orang yang bertanya soalan yang bodoh.
Jangan marah kalau jawapannya jugak bodoh.
Berdiri tegak,berlari laju bermaruah tinggi.
Nak hidup mencari.
Taknak hidup berlari pergi.

P/S: Senangkan hidup,bukan susah. Peduli kata orang,caci maki keji orang. Bukan dia bagi aku kaya pun.

Dont Judge Me~

Aku memang cukup pantang kalau orang tak kenal aku judge aku lebih-lebih.(lebih takpa,jangan lebih-lebih sudah..kang dapat penampar sedas dua kang!)

Siapa kita nak judge orang yang tak bertudung jahat?
Siapa pulak kata orang yang bertudung baik?
Siapa pulak kita kalau nk bercerita tentang orang yang kita tak kenal dengan mendengar sahaja?


So,siapa kita nak menilai sesuatu atau seseorang dari luaran?
Kawan aku pernah cakap dekat aku"Yaya,percaya tak sembahyang itu tiang agama?Of course la aku percaya. Dan aku cakap balik, sebab tue la perangai kau mcm lahanat,sebab kau tak mendirikan solat.(Dia jugak percaya,sebab dia tak mendirikan solat,sebab itulah dia menjadi liar,dan sebagainya.) Dan aku jugak percaya pakai tudung itu wajib,dan memang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa,walaupun aku agak kurang respect dengan sesetengah orang yang bertudung disebabkan mereka memakai legging. Tapi siapalah aku nak judge kan,sebab aku pown tidak bertudung!


P/S: Yang judge aku nie kawan kepada kawan. Macam aku nak tanya je,kita kenal ke? Sebelum judge aku,tanya dulu diri,cukup baguskah aku nk judge orang,Tak semestinya berwajah polos itu baik.Jangan tertipu!!Aku ini tidaklah bijak sangat dalam soal agama,tapi tidaklah bodoh sangat untuk memalukan diri sendiri. Biar Tuhan je tahu siapa aku. Separuh nyawa aku menahan perasaan sabar. Kalau hidup nak susahkan orang,pergi cari orang lain,memang silap banyak!Sebab perangai aku,sikit orang susahkan aku,berganda-ganda orang tue aku susahkan. Hidup aku dan orang judge aku,memang aku dah selalu sangat terbiasa begini. T.I.T.I.K


Aku rasa aku dah cukup sweet menjadi aku..keh3!

Jumaat, 2 Disember 2011

Puisi Buat Si Isteri - Shera

Kasih Si Bakal suami untuk Si Isteri. 



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
 
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

Puisi ini dari Zahiril untuk isteri nya Shera....
Selamat Pengantin Baru Zahiril & Shera....Moga bahagia sehingga akhir hayat.

You're Beautiful MV - What Should I Do (Jang Geun Suk)


P/S: Kalau rajin pergilah cari maksudnya..hehehhee.

Khamis, 1 Disember 2011

December

December, Please be nice to me....

Seluruh Desember yang ada aku sangat-sangat sibuk.
Di setiap sudut dan ruang aku berjanji..
Minta maaf kawan-kawan aku tidak sempat..
Ohh..maaf sekali lagi.

December-My life has changed.Is It?

Rahsia Di sebalik Senyuman

Semalam, rasa gembira!sangat gembira. Bagai ada satu semangat yang menyuntik aku untuk mendengar setiap bicaranya. Entah kenapa rasanya bila lihat muka akak,terasa lega,terasa bahagia dan hilang segala masalah yang ada. Jangan akhirkan cerita, seronok yaya mendengarnya''. Seorang kakak melihat aku,melihat diri aku diusianya, katanya'' Usia remajanya,penuh dengan berbagai cerita,dan segala perjalanan hidup yang dilaluinya sangat perih,dan dia bersyukur menjadi dia sekarang."(Aku tersenyum..)

Kesian aku mendengar sengala kisahnya. Jangan aku lalui seperti itu,aku tidak mahu muflis diusia muda. Kakak berhutang dengan bank RM 75 RIBU!!! Sampai kehari ini dikerah tenaga nya utk membayar loan yang dia buat di Bank.(Yeee..ini semua akibat jualan langsung @ MLM )Kisahnya kudengar,aku ambil iktibar dengan segala apa yang dia ceritakan. Tapi alhamdulillah kini, dengan segala apa yang dilaluinya,dia telah banyak melalukukan tranformasi dalam hidupnya. Ia berubah kerana Allah,Yeeyyy!..sngat cantik dia bertudung,sangat positif kata-katanya,nampak sangat muda mukanya walaupun usianya menjangkau 40-an. "Akak,langit tidak selalunya cerah,Allah menduga,Allah menguji orang-orang yang sabar. Betapa besarnya hikmah disebaliknya. Alhamdulillah,rezekinya tidak pernah putus, duit sentiasa ada untuk segala benda termasuk membayar pinjaman loan itu. Aku tahu,dia masih gigih mengumpul segala cerita untuk dikongsi bersama aku. Entah kenapa dari dulu lagi aku memang tidak berminat untuk tahu perihal-perihal jualan langsung ini atau MLM,apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Mungkin betul,ada yang berjaya,ada yang kaya dengan menyertai jualan langsung ini,tapi bukan semua orang adalah sama. Nasib manusia berbeza,gigih engkau berusaha,maka engkau berjaya, Gigih engkau mengeluarkan kata-kata tanpa usaha,maka tunggu je la,tak lama kelak kau balik berbungkos dan tido je la.( Kakak !!Aku tahu,tapi Tuhan lebih tahu betapa sayangnya dia kepada kamu kakak..) Aku tahu hidup ini,bukan senang nak jadi senang.

Yes!!Thanks kakak for dinner <3

Maaf,kadang-kadang entri aku tidak tersusun katanya. Kadang-kadang otak terfikir banyak perkara lain dan penulisan blog aku menjadi tidak tersusun dan kaku. Mintak-mintak semua yang baca masih hidup bernafas dan senyum.^_^