Khamis, 17 November 2011

Topeng

Kalau dulu engkau kawan-kawanmu Takzim
Mungkin engkau disenangi dan disayangi..
Jangan engkau menjadi Zindik.
Menjadi diri yang segalanya sempurna

Biar fuadnya bersih,kelak ramai yang sayang,
Kenapa engkau membongkak diri
Angkuh engkau tidak disenangi
Biar diri berpijak dibumi.
Tidak mati merendah diri.
Tentu ramai yang menyayangi.

Engkau juga menunding jari
Bercura pada yg tak disenangi
Salah caramu itu,Jangan cuba kau ulangi.
Biar aku menegur disini.


Takzim-Amat hormat atau penuh hormat
Zindik- Orang yang imannya terpesong
Fuadnya-Hatinya
Bercura-mengeluarkan kata-kata keji

p/s- Betul,di akhir-akhir ini,ramai yang kita boleh nampak,munculnya manusia-manusia yang berlagak baik,menggunakan kata-kata Allah pada cara yang salah.( Ingat tak pada cerita TV3,episod akhir, Tahajud Cinta). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan