Rabu, 30 November 2011

Tak Semegah Mana

Amboi kawan,tak semegah mana rupanya percakapan awk!


Pasti korang jugak ada kawan yang berbahasa cantik,yang kononnya setiap tuturnya adalah betul,dan setiap katanya adalah betul,dan setiap penulisannya juga adalah betul,bagai penulisan berbahasa dalam karangan. Aku tidak,aku tulis apa yang aku rasa terjadi didepan mata,aku membaca jika sesedap mata aku memandang. Asal apa yang disampaikan,dituliskan,di olahkan oleh si penulis itu aku faham sudah. Tak begitu??


Pernah tak ada kawan yang selalu mengata orang itu ini,dan bercerita tentang pasal masalah opis la,masalah relation la,masalah kawan-kawan dia lah,masalah dunialah..Ohhh!kadang-kadang rasa mcm nk blah ja kalau ada kawan mcm nie,tapi kesian pulak,mana tak  nya,dia lah yang teraniaya katanya. Semua orang mengambil kesempatan kepada dia. Hai,Kesian pulak!Dah tu,yang awk pulak mengata orang macam-macam boleh pulak,awk susah cari dia jugakkan? Tak ke itu menjilat ludah sendiri! Kawan-kawan hanya ingat awk bila susah je kan?Tapi kenapa mereka ada setiap kali awak jatuh?Itulah gunanya kawan wahai kawan,jangan lah membuat seperti diri awk terlalu naif dan teraniaya, Sedangkan awk yang kata kepada kawan-kawan awk sebelum ini.


Setiakah kita kepada kawan kita?Baikkah kita kepada kawan kita?Salahkah kawan-kawan kita menyukai kawan kita?Cukup loyalkah kita kepada kehidupan kita? Segala apa yang dikata,segala jatuh dan bangun,semuanya berjalan seiringan dengan dan kehendak Dia. Kadang-kadang saya terpaksa faham dengan apa yang awk cuba sampaikan,tapi dalam masa yang sama kadang-kadang awak lupa awk sedang mengutuk,mengkeji orang lain. 
Hidup ini satu kebetulan,kadang-kadang kita terpaksa terima apa sahaja dakwah atau nasihat daripada orang surrounding kita,yang baik kita amalkan,yang tak baik kita campak jauh-jauh.


P/S : Sy fhm minat awk utk berdakwah.Tp bahasa dan approach yg awk gunakan xkena langsung. Awk menghina dan merendahkan org. Itu bkn menambah rsa hormat,sebaliknya awk merendahkan pdgn org terhadap diri awk sendiri. Maaf,awak lebih jahil dri mereka yg awk kutuk tu. Awak sekarang bagai menjilat ludah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan