Isnin, 21 November 2011

Kena Kerja Keras Beb!

Entri kali nie,aku nak kongsi sedikit dengan kawan-kawan tentang kesian aku pada Si Dia. Kesian aku pada si polan ini bukan disebabkan apa-apa, disebabkan semakin hari dia semakin ditinggalkan oleh kawan-kawannya, Alahai..kenapa jadi macam nie agaknya? Semakin kita mengejar kesempurnaan,sampai mati pown akan hidup dalam kekurungan. Semakin Si Polan ini di beri nasihat,diberi teguran semakin lantang pulak dia bersuara. KESIAN KAU!!

Jom bersituasi mencari pasal.

Alkisahnya pada yang nak tahu dan nak tahu lagi.(Kau baik,tapi dalam hati bengang dan tak puas hati,hye jangan hey!!merosak diri.kan kesian kau orang dah benci.)

A- Alamak...aku tak nampak la wall dia.ishhh!!tak bole jadi nie.
B- Siapa-siapa?(Amboi kau bedah,sibuk sngt hal rumah tangga orang)
A- Ceee cuba ko tngok Si Kacak tue punya FCBK kat wall ko?nampak tak apa dia updated ..
B- Tak nampak la beb!!asal2..cee story sikit.

( Cerita la Si A yang penuh ilmu didada nie kepada Si B yang naif,yang tak tahu apa-apa nie!Si B nie pown termakan kata,maklum lah..dengar cerita sebelah pihak je!Jom Si B kita stalker Si Kacak nie punya blog. Si A & Si B nie pown cari punya cari,jumpa la blog Si Kacak nie,Amboi!Si Kacak tue tak kata apa pown,tapi Si A nie menyalak mcm tak tentu hala. Tanpa segan silu Si A nie mintak Si B nie tolong jadi stalker dia, Si B nie pown comment la yang pedas-pedas..ntah apa yang di comment pown,Si Kacak tue tak tahu. Yeee la, entri Si Kacak nie tulis lain, Si B nie pulak comment ntah apa-apa yang dia emosikan pown tak tahu!Tapi yang herannya,dia tahu mcm-mcm Si Kacak nie buat apa,keje apa,ada boifrend ke tak ada & mcm-mcm lagi!Alahaaaai la Bedah,tak pasal-pasal ko jadi terlibat sama mencari dosa. Sedar tak tue,berdiri dimana,duduk dimana? 

P/S: Untuk membuat Si Kacak itu sakit hati, membuat orang membenci Si Kacak itu,kena kerja keras beb!! Setakat comment dan menabur fitnah je tak cukup!(Lupa..mungkin Allah melindungi orang-orang yang teraniaya)


Kadang-kadang tak tahu macam mana nak menyedarkan orang macam Si A & Si B nie, mencemburui kawan sediri, Orang-orang seperti ini sentiasa merasakan dialah yang paling terbaik dan akan gelisah kalau kawan dia mendekati kawan lain, dan gelisah jika ada yang lebih dari dia. Paling hina sekali rasanya, orang-orang seperti ini pandai cakap je,pandai nasihat je,tapi tak sedar dia pown tengah melakukan sama! Dia lupa mungkin hasad dengki itu boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah memfitnah,pergaduhan,penghinaan,putus sillaturrahim dan lain2. Namun demikian kalau korang pernah mengalami situasi macam nie,dicemburui kawan korang,difitnah kawan korang, tanpa korang tahu apa salah korang, abaikan je orang-orang macam nie!!Sebab sebenarnya dorang tengah menyakitakan hati dorang sendiri. Tak gitu Si A & Si B.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim). Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu.


P/S: Aku senyum nampak gigi, Kau mula sakit hati.(Aku suka!!) Alahai kawan! Belajar bertingkat-tingkat,jangan lah bangang kau pown bertingkat-tingkat. Hasad dengki pemusnah kebaikan.

1 ulasan: