Isnin, 31 Oktober 2011

Senang menerima,Berat Memikul.

NIKAH



" Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM....."

Bunyi macam senang ? Jika dilihat apa erti sebenarnya..(mari kongsi bersama)

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus; aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku "


p/s:- Pada bakal suami,bimbinglah aku ke jalan yang benar..Pasti Allah juga menjanjikan ganjaran buatmu.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Hidup mesti ada SENSE & SENSIBILITY

Assalamualaikum.
Pernah tak korang melalui,menjumpai,atau mempunyai kawan atau sesiapa sahaja disekeliling anda yang always rasa dia sahaja yang betul. Aku ingin kongsi pandangan aku sendiri mengenai ini.


Contoh:
-"Aku ingat nak beli kamera DSLR la...
-" Weh, dari kau beli benda-benda mcm tue,baik kau simpan duit tue lagi bagus.
-" Ala,apa masalahnya, hobi aku suka merakamkan detik-detik manis.uuewww,dengan muka mintak penampo!manja la konon.
                                     SENYAP SEKETIKA
-'' Aku ingat nk tukar Iphone la..
-''Aik,ko nie..cakap aku membazir la..bla.blaaa..ko tue,hp kau ok lagi kan?
-'' Jangan samakan situasi aku,keadaan aku dengan kau,aku takde komitmen..blabla..bla..
AKU-'' Apa yang berbezanya???ehmm ( aku ada bg sedikit pendapat,sedikit teguran,tetapi dijawab dengan bermacam-macam alasan dan hujah )


Mesti korang juga pernah melalui kejadian yang tidak diduga ini kan.hahahha!.Jadilah seorang yang bijak pandai untuk memberi pendapat dan pandangan,dan apa salahnya jika kita yang bijak berkata-kata,bijak pandai ini pula menerima pendapat orang lain dan menilai apa kebaikan disetiap pendapat yg diberikan. Kadang-kadang hidup kena meletakkan diri kita pada tempat seseorang,baru kita akan memahami. Jadilah manusia yang bijak memberi dan menerima dan memandang sesuatu perkara dari satu sudut ke sudut yang berbeza Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui. Even kadang-kadang kita ingin mempertahan kan pendapat kita,jangan sampai menyinggung perasaan orang lain.


~ Perbezaan pendapat sangat baik,Bukanlah hina mengakui kesilapan diri sendiri,malah itu lah sifat yg terpuji. Percayalah pemahaman setiap orang adalah berbeza.Itulah kehebatan Tuhan.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".


p/s - "Terimalah pandangan berbeza tanpa emosi"