Khamis, 29 Disember 2011

MSG Tidak Akan Berulang Utk Berkali-Kali

Sms: Boleh kamu berlaku jujur untuk selepas ini?
Sms: Boleh kamu?



P/S: Hentak sebelah kaki tak berbunyi kuat,kena lompat-lompat baru bunyi kuat. Jadi jgn cuba main lompat-lompat sambil sep-sep tangan,kang aku takut aku tertampar dua-dua. Last reminder!


Untuk ex- Aku cakap dah banyak kali,jangan bagi aku cakap guna tangan sudah!Untuk ex2 yg tak faham bahasa dan suka main sep-sep..Jangan nak sep-sep sngt!! Jgn nak sapa dapat dia punya,dah awal-awal tak dapat,balambak lagi yg korang bole dapat. shuuhhh!main jauh-jauh.

Gula-Gula Cinta

Selamat Bertunang Yaya.



                                   Tunggu bacaan doa selamat habis diruang tamu...
                                                                           Sedang mempersiapkan diri...


                                                  Bersama sepupu-sepupu....




P/S: Semoga persahabatan dan ikatan yg terjalin ini akan berakhir ke jinjang pelamin.Amin~

Rabu, 21 Disember 2011

One in A Million

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Pagi ini dapat email dari bakal tunang, kami bakal di tunangkan pada 25 December 2011. Jujur aku sangat terharu,memang sebelum ini banyak sangat masalah antara aku dan dia. Cukuplah aku kongsi bersama kawan-kawan,bakal tunang aku nie, satu sekolah dengan aku dahulu,dan dia tidak pernah mengenali aku. Dan aku semestinya mengenali dia. Aku mengenali dia sama seperti rakan-rakan sekolah yang lain mengenali dia.Dia salah seorang pemain bola di Sekolah kami. Dah nama pemain bola kan mesti lah ramai yang kenal,malangnya sapalah aku,baru kenal tahun lepas je..hahahha! Jumpa pun dalam Facebook.(Cinta Muka Buku-Najwa Latif

Aku tinggal di Kuala Lumpur dan bakal tunang aku tinggal di P.Pinang. Macam mana tue? Selama setahun ini jugak lah,beberapa kali ja kami berjumpa dan hari-hari bersms. Bosan bukan! Jumpa bila aku balik kampung,dan kami decide nak bertunang. Tipulah aku,kalau aku cakap aku tak pernah ada masalah dengan dia. Semua orang ada kisah masing-masing di belakang hari,tapi aku mintak sangat,di depan hari sentiasalah berlaku jujur dengan aku. Aku tak pernah mintak apa-apa rasanya,cuma aku mintak dia berlaku jujur je dalam semua perkara. Tak susah kan?Boleh kamu lakukan bukan?

Untuk beberapa hari lagi sebelum kami ditunangkan,dan untuk hari ini yang membuat aku terharu dengan email dari dia. Aku tahu,dia juga tahu aku nie seorang yang keras hati dalam segala hal. Sekali aku membuat keputusan,susah untuk aku pikir untuk kedua kalinya. 

"Yes you! I wait for the right time,the right person." Thanks


P/S: Pasti bakal tunang aku sekarang sedang menutup muka sebab malu, Dia dah warning aku,jangan tunjuk video nie kat sapa-sapa. Sekali lagi aku mintak maaf. MAAF*

Untuk Bakal Tunang :  Saya terima awak seadanya awk,bukan kerana awak pemain bola ,bukan sebab awk belajar lagi nk jadi engineer,bukan sebab awk bergaji tinggi atau bergaji kecil,bukan sebab seperti yang awk cakap awk hensom dan macho. Saya terima awk sebab diri awak yang pertama kali saya jumpa masa berbuka puasa tahun lepas sambil mencari meja kosong dan memberi saya sebotol air mineral!!(kenapa air mineral,kenapa tak air Coca-cola,kedekut!). 

Boleh awak terima saya seadanya? Sebab setahun awk kenal saya,saya rasa awk mesti sudah mengenali pelbagai perangai-perangai pelik saya...^_*

Counting the day



Sekarang mungkin tengah sibuk-sibuk dengan persiapan...

Selasa, 20 Disember 2011

Ragam ( Annual Dinner )

Lai..lai..!!register first~

Sebelum Dikir Barat.Wohho!

Sebelum perform*

Muka malu selepas perform!Amik kawww...

P/S: Untunglah sapa yang dpt TV LCD masa cabutan bertuah..aku tak bertuah sangat..hahha



Sementara

Mahu jadi yang lebih senyap.
Mahu jadi yang lebih baik.
Tidak mahu jadi pelarian utk hidup ini.
Tidak mahu menampakkan kesedihan utk hidup ini.
Kerana manusia bukan semua yang baik utk didekati.

Believe, Sometimes Live Can Be So Complicated.

Kenapa sejak kebelakangan ini,aku lebih suka memikirkan banyak perkara. Aku kadang-kadang takut aku tersalah catur dalam membuat keputusan. Siapa lagi akan peduli tentang-tentang ini, ini soal hidup berterusan dimasa hadapan. Banyak benar persoalan yang bermain diminda untuk ketika ini sebelum tiba masanya. Banyak jugak jawapan yang aku masih tidak dapat jawab. Aku tidak mahu hidup aku penuh dengan was-was untuk akan datang. Aku jugak tidak mahu bermanis muka untuk apa sahaja walaupun kadang-kadang aku tidak suka. Aku tidak mahu pembohongan itu menjadikan situasi. Tidak sama sekali.Tidak mahu berimpian terlalu tinggi,kerana aku takut.

Sekejap-
Aku rasa aku nak terokai lagi apa yang dilalui. Sakit bukan kawan,diperkecilkan,dikhianati,diperbodohkan utk kehidupan ini. Ada dia yang masih memaafkan,ada dia jugak yang tidak tahan dan terus buat keputusan. Biar aku mengelamun dan berfikir sejenak, aku jugak pernah lari baru-baru ini,pernah tertipu kerana situasi. Aku juga rasa tertipu sehingga kini,entah dimana lagi untuk aku pupuk semangat untuk mempercayai. Langsung dan tidak langsung,aku masih biarkan orang lain membuat keputusan. MAAF* Adakah aku buat-buat untuk akan datang.

I never give up to ask myself to be more better. Mudah-mudahan rindu berpanjangan,benci sekejap-sekejap sahaja. Begini begitu biar berlalu. Boleh??


Jumaat, 16 Disember 2011

Ahhaa.

You can't change your situation. 
The only thing you can change is how you choose to deal with it.

Khamis, 15 Disember 2011

Daraa

Dalam satu bulan sahaja, pelbagai benda aku dapat lihat ragam Daraa. Uda dah tentu tak ada untuk Daraa,kenapa agaknya?Dimana silapnya Daraa. Mungkin cakap meninggi diri dan tidak mahu jatuh langsung. Ohh!Dara sedikit pun tidak rasa kehilangan Daraa,sebab mungkin sudah sampai tahap untuk berdiam sahaja menegur Daraa. Daraa masih tidak faham dan tidak dapat terima sedikit pun penjelasan Dara. Itulah lumrah hidup manusia didunia. Boleh mengkritik dan tidak dapat menerima jika dikritik. Bukan Dara membenci Daraa,tapi tak tahu dimana silapnya Dara dengan sikap Daraa.

Kenapa agaknya Daraa begitu cemburu kepada Dara kerana satu SMS je,sedangkan Dara tahu Daraa pulang ke kampung bersama kawan-kawan Daraa sendiri. Takkan kerana Dara menghantar SMS kepada salah seorang kawan Daraa,Daraa berasa cemburu. Sedangkan kita semua adalah kawan. Dara malas mempersoalkan apa yang terjadi apa bila Dara pulang ke Kuala Lumpur,mungkin Dara lebih selesa begitu,sebab Dara tidak tahu dimana salah Dara.

Ada sambungan...

P/S: Dara tidak pernah menyesal dengan apa yang terjadi pada Daraa. Hanya Daraa yang tahu

Rabu, 14 Disember 2011

Kejam & Kekejaman

Yaya Hafiza bukan calang-calang gadis.

Kadang-kadang biasa sangat dengar orang cakap kejam bila sesuatu keputusan diambil.
Tapi siapa yang melakukan kekejaman?


Aku tak mengharap apa pun. 
Apa lagi yang ada sayang!
When it comes to the end-

P/S: Aku yakin pada Dia yang menyusun takdir.

Adil Bukan.

Everything is going to be Okay.!!
Betapa hebat dan gagah bukan. Betapa adil bukan kehidupan ini.
Apa yang cuba kamu tayangkan? Apa jugak yang kamu bisa lakukan. Benar bukan kata-kata aku,buatlah jahat didepan dan dibelakang pon,sedikit aku tidak kisah. Sebab aku tahu betapa adilnya Dia pada orang-orang yang teraniaya. Hari ini kau tipu aku,tapi percayalah...Sikit hari lagi aku pulak tipu kau. Hari ini kau sembunyi sesuatu, sedikit hari aku tahu sesuatu.

Aku meletakkan kecekalan pada hati,untuk beberapa minggu lagi. Walaupun pada satu masa rasa sedih gila-gila. Tapi aku percaya pada keajaiban Tuhan.'' Tuhan sahaja yang tahu aku sakit''. Tapi sayangnya,masih mampu tersenyum dan masih bersabar.

Kalau diberi pilihan untuk memilih sekali lagi,apa syarat yang aku nak letakkan?

Ok..aku rasa aku tidak waras dalam membuat sesuatu keputusan! Yaya memang kepala angin-Terima Kasih

takpe..takpe..
Saya memang berharap kesihatan saya baik seadanya.
Aku jugak selalu berharap apa sahaja perbuatan manusia yang tidak baik terhadap aku, Biar Tuhan sahaja yang balas. Takut kalau aku yang balas,aku terover balas pulak!
Aku lupa hidup ini mencabar sungguh-sungguh!Tapi tak mengapa aku ok!
Jangan mudah rasa lega bila aku nampak O.K
Kadang-kadang memberi ruang itu untuk kebaikan.
Tak begitu?

Sabtu, 10 Disember 2011

Jumaat, 9 Disember 2011

Isu Perempuan Tidak Bertudung dan Bertudung.

Kali ini aku ingin berkongsi sedikit kisah tentang perempuan yang bertudung dan tidak bertudung.Entri kali ini nampak aku sedkit kecewa dengan pandangan-pandangan kawan-kawan yang cerdik pandai ceramah kepada orang yang tidak bertudung sambil mengumpat sedikit orang-orang tertentu yang tidak memakai tudung. Huhhh!!cik kak oi,dah ceramah dapat pahala,kenapa pulak di umpatnya pulak orang tak bertudung tu,tambah sedikit pahala bertimbun dapat dosa.


Situasi ( Apa kata aku..)
Ada yang pakai tudung memang baik
Ada yang pakai tudung tapi jahat
Ada yang tak pakai tudung tapi baik
Ada yang tak pakai tudung tapi jahat.

Jalan-jalan cari makan....
Ayah: Bila besar nanti ayah nak kamu pakai tudung. 
Anak: Kenapa kena pakai tudung ayah?
Ayah: Pakai tudung itu wajib,bagi menutup aurat seorang perempuan.Perempuan yang tak bertudung jahat. Tak ikut perintah Allah.
Anak: Jadi mak jahat la eh ayah?
Ayah: Kenapa pulak?
Anak: Sebab mak tak pakai tudung?
Ayah: Taklah!mak kan sembahyang,mengaji.berpuasa.suka menolong orang.
Anak: Habis ayah kata kalau tak pakai tudung jahat?
Ayah: Bukan semua yang tak bertudung jahat.
Anak: Jadi bertudung nie baik eh ayah? macam kakak tue.(gambar dibawah)

gambar hiasan ( Apa punya fesyen dia nie pown aku tak taw.)

gambar hiasan ( Cantik bukan..heheh)

gambar hiasan( hensom tak akak merokok..^_^)

Ayah: $%#@^* Janji dia bertudung mengikut apa yang Allah suruh.
Anak: Owhh..saya geli lah ayah tengok kakak tue pakai tudung peluk-peluk lelaki tue!Mak baik je walau tak bertudung,ayah tengok kat tv tue,takkan perempuan tak pakai tudung tue jahat jugak?Dia kan tengah baca Al-Quran.

gambar hiasan

Anak: Mak baik je kan ayah. Tapi adik rasa bukan semua yang tak bertudung tu jahat la yah!! Cikgu kat sekolah adik baik je ayah,dia tak bertudung,tapi dia selalu suruh adik & semua berbuat baik. Mesti banyakkan ayah pahala dia dapat!Ayah nie..pandai-pandai je cakap orang tak bertudung nie jahat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah golongan yang bijak dalam agama,tapi saya jugak bukan bodoh tak tahu dosa pahala..

Yang memakai tudung, sudah cukup sempurnakah cara penutupan aurat kita?

P/S: Sejak kebelakangan ini aku sudah jelik dengan orang yang suka bagi ceramah dekat aku yang ntah apa-apa,bagi ceramah sambil mengumpat,bagi nasihat pown macam tak kena,lagi lah aku jelik mendengar. Tapi bukan b'erti aku tidak menerima nasihat mereka,yang baik aku ambil.Yang buruk aku lemparkan jauh-jauh. Aku tahu memakai tudung itu wajib. Aku tahu!walaupun aku tidak bertudung,aku tahu itu dosa aku dengan Allah. Tapi dosa kamu-kamu yang memakai tudung yang mengumpat,mengkeji macam mana?  Cukuplah aku ingin berkata,pakai tudung itu tak semestinya baik,tak pakai tudung pulak tak semestinya jahat. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat,tapi tutup aurat itu semestinya pakai tudung. Kadang-kadang mulut orang perosak reputasi,modifikasi depan senyum nampak gigi,belakang dengki. Siapa tahu? Mungkin sedikit perlu diperbetulkan pandangan masyarakat sekarang,perlu perbetulkan lagi kefahaman yang ada agar bukan memandang jelik pada yang tidak bertudung. Saya tidak akan berkata saya kahwin nanti saya akan pakai tudung atau belum sampai seru & sebagainya....( Aku diam.)

Jika tak puas hati & nak komplen, deal terus dengan Allah.Jangan diumpat keji menambah dosa.( Kena faham betul-betul maksud bahasa kasar ini...)
Kan ramai manusia tak takut pada Allah sekarang, Jika aku tidak silap Al-Quran jugak ada tertulis,muncul golongan-golongan yang bijak pandai memutar belitkan perkara bg kepentingannya sendiri
.

(Kalau ada tersilap apa yang saya tulis ini,tolong tegur..)

Khamis, 8 Disember 2011

The Power


Buku ke-2 selepas The Secret


P/S: Buku yang aku beli Ahad lepas,masih aku tidak berkesempatan untuk membaca. Aku tahu segala isi di dalamnya sangat bagus dan aku sangat teruja utk membaca,tapi masih lagi tidak berkesempatan..aku hanya sempat membelek-belek sahaja. Sorry buku!

Entah Siapa Teraniaya & Dianaiya

Dah selesai kerja.

Aku rasa jauh lebih baik aku jujur sahaja setiap apa yang aku buat,biar kadang-kadang jelik dimata mereka. Janji ramai yang tahu aku memang begitu, Oh! aku bukan yang nak di depan sesiapa sahaja begitu sopan sehingga aku dipanggil mulia,baik & segalannya. Bukan aku. Cukup simple sesiapa yang kenal dan tahu aku bagaimana. 

Kalau ada kawan yang rasa aku akan susah hati dengan ketiadaan kawan. Korang silap,sebab korang tak cukup kuat untuk menjatuhkan aku,memfitnah aku kerna masih ada sejuta kawan yang menjadi tiang dibelakang aku. Ada seribu kawan lagi menyokong aku supaya aku tidak jatuh dengan kerja kuat umpat keji fitnah orang. Aku tidak mahu menyembunyikan kenyataan yang ada hanya kerana kawan. Sebab aku pasti bukan ramai yang buta menilai. Untuk sekarang yang ada,aku berbahagia diatas segala kebenaran. Walaupun kehilangan kawan memang menyedihkan aku. Aku tak kisah engkau mempergunakan setiap yang ada untuk nampak teraniaya,aku harap kawan,agar engkau melangkah dengan pasti, dan memandang ke depan tanpa keraguan di hati. sebab rintangan dan aniaya apa pun tak lagi mampu menakut-nakuti aku. Tubuh aku penuh parut luka tapi aku halalkan.


P/S: Ingat kawan-kawan,sesiapa sahaja tidak lari dari mendengar masalah kawan. Tapi tolonglah jangan jadi batu api, jangan jadi api dalam sekam,jangan jadi minyak api dan apa sahaja seangkatan dengannya. Dan kepada yang mendengar,anda tidak tahu dimana puncanya,jangan pandai-pandai nk cakap yang bukan-bukan.

Selasa, 6 Disember 2011

Bergolak


Sedang cuba-cuba menghindarkan diri dari umpat keji dikemudian hari.

Masih ada masalah dengan segala perancangan. Dan sedang sedaya upaya menjaga hati semua pihak.
Dalam proses menyiapkan persiapan E-day.
Huuuhhhh!

Jenab Vrommm..


Ribu-ribu di tepi jalan,
anak buaya megat tasik,
Walau beribu orang di jalan,
hanya aku dipandang cantik.

Berakit-rakit dulu ke hulu,
Pesanan orang-orang tua dulu,
Takkanlah nak aku mulakan dulu,
Of coz la aku ni pemalu.



P/S: Hahahahaha..nampak sangat aku tak ketahuan,takde keje.^_^

Makan-makan


Some picture of the food.nyumm3...

Big Apple

Nasi Ayam Penyet

Nasi Udang Penyet

Steamboat

Ain menjamu selera...

Tin & Noain makan ayam

Chinese Restaurant Kg.Baru 
(Restaurant jalan-jalan cari makan,memang sedap!!Bagai ingin menjilat jari kaki....)

Udang Prawn & apa ntah nama makanan yang lain.

Wantan Mee

Amboi..suka sunggoh noin & Fatin nie..

Menunggu hujan berhenti...nak lari p kat kereta,jauh sangat...


Enjoy the life~

P/S: Takkan lah nak keluar makan,aku tak makeup pown nak jadi isue!!releks sude..Betoi tak noin ngan Tinton..

BN Youth Fair'11

Kisah yang dah lepas,tapi baru terjumpa gambar-gambar masa pergi Karnival BN Youth Fair '11.Disebabkan aku mempunyai banyak masa terluang,maka aku mengambil keputusan untuk pergi ke Event BN Youth Fair ''11. Walaupun aku tahu dekat event tu penuh dengan job seeker,so apa salahnya aku mencari peluang-peluang pekerjaan yang baru, Lagi pun aku pergi ke sana menemani kawan aku yang mencari pekerjaan akibat kontrak hikmat nya dengan Maybank hampir habis tempoh. Sangat banyak booth-booth government yang ada pada hari tue,tapi malangnya,pengunjung-pengunjung yang ingin meminta pekerjaan didalam sektor government kena isi SPA Online. So what point booth-booth government membuat event ini,bukan kah dirumah jugak boleh isi online SPA???? Takpe lah.banyak lagi booth-booth sektor swasta yang ada dan memberi peluang kerjaya yang better rasanya,sedikit terubat kekecewaan para pengunjung rasanya dengan adanya booth-booth Petronas,Muhibbah & lain-lain.

A'ah..aku jugak mengambil kesempatan mengisi kekosongan yang ada. Memang wajiblah kan isi form yang mana aku berkenan, bengkak kaki aku pusing sana-sini,tak kan datang nak teman kawan je..^_^


Aku paling suka booth-booth tentera udara,tentera darat,tentera laut,Polis dan Bomba..memang stlye la...abang-abang askar pown hensem jugak..terutama tentera udara...hehehhehe!! Tapi paling best boleh tengok bom,senapang dan seangkatan dengannya. Terror pulak aku nak bg taw nama senjata dorang,memang tak la kan...BEST-


P/S: Kaki sakit, tapi masih bole tersenyum. 

Isnin, 5 Disember 2011

Pertelingkahan


Tiada istilah pentingkan diri sendiri utk berdua.
Permintaan yang besar memerlukan pengorbanan yang besar.
Jangan disoal tentang sayang dan cinta.
Ini bukan lagi kisah teruna dan dara.
Kalau masa sekarang pun acuh tak acuh,
Di tangan lampu aku masih bersuluh.
Kalau tak mahu,tinggalkan saja...

Aku masih suka orang yang bertanya soalan yang bodoh.
Jangan marah kalau jawapannya jugak bodoh.
Berdiri tegak,berlari laju bermaruah tinggi.
Nak hidup mencari.
Taknak hidup berlari pergi.

P/S: Senangkan hidup,bukan susah. Peduli kata orang,caci maki keji orang. Bukan dia bagi aku kaya pun.

Dont Judge Me~

Aku memang cukup pantang kalau orang tak kenal aku judge aku lebih-lebih.(lebih takpa,jangan lebih-lebih sudah..kang dapat penampar sedas dua kang!)

Siapa kita nak judge orang yang tak bertudung jahat?
Siapa pulak kata orang yang bertudung baik?
Siapa pulak kita kalau nk bercerita tentang orang yang kita tak kenal dengan mendengar sahaja?


So,siapa kita nak menilai sesuatu atau seseorang dari luaran?
Kawan aku pernah cakap dekat aku"Yaya,percaya tak sembahyang itu tiang agama?Of course la aku percaya. Dan aku cakap balik, sebab tue la perangai kau mcm lahanat,sebab kau tak mendirikan solat.(Dia jugak percaya,sebab dia tak mendirikan solat,sebab itulah dia menjadi liar,dan sebagainya.) Dan aku jugak percaya pakai tudung itu wajib,dan memang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa,walaupun aku agak kurang respect dengan sesetengah orang yang bertudung disebabkan mereka memakai legging. Tapi siapalah aku nak judge kan,sebab aku pown tidak bertudung!


P/S: Yang judge aku nie kawan kepada kawan. Macam aku nak tanya je,kita kenal ke? Sebelum judge aku,tanya dulu diri,cukup baguskah aku nk judge orang,Tak semestinya berwajah polos itu baik.Jangan tertipu!!Aku ini tidaklah bijak sangat dalam soal agama,tapi tidaklah bodoh sangat untuk memalukan diri sendiri. Biar Tuhan je tahu siapa aku. Separuh nyawa aku menahan perasaan sabar. Kalau hidup nak susahkan orang,pergi cari orang lain,memang silap banyak!Sebab perangai aku,sikit orang susahkan aku,berganda-ganda orang tue aku susahkan. Hidup aku dan orang judge aku,memang aku dah selalu sangat terbiasa begini. T.I.T.I.K


Aku rasa aku dah cukup sweet menjadi aku..keh3!

Jumaat, 2 Disember 2011

Puisi Buat Si Isteri - Shera

Kasih Si Bakal suami untuk Si Isteri. 



Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
 
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

Puisi ini dari Zahiril untuk isteri nya Shera....
Selamat Pengantin Baru Zahiril & Shera....Moga bahagia sehingga akhir hayat.

You're Beautiful MV - What Should I Do (Jang Geun Suk)


P/S: Kalau rajin pergilah cari maksudnya..hehehhee.

Khamis, 1 Disember 2011

December

December, Please be nice to me....

Seluruh Desember yang ada aku sangat-sangat sibuk.
Di setiap sudut dan ruang aku berjanji..
Minta maaf kawan-kawan aku tidak sempat..
Ohh..maaf sekali lagi.

December-My life has changed.Is It?

Rahsia Di sebalik Senyuman

Semalam, rasa gembira!sangat gembira. Bagai ada satu semangat yang menyuntik aku untuk mendengar setiap bicaranya. Entah kenapa rasanya bila lihat muka akak,terasa lega,terasa bahagia dan hilang segala masalah yang ada. Jangan akhirkan cerita, seronok yaya mendengarnya''. Seorang kakak melihat aku,melihat diri aku diusianya, katanya'' Usia remajanya,penuh dengan berbagai cerita,dan segala perjalanan hidup yang dilaluinya sangat perih,dan dia bersyukur menjadi dia sekarang."(Aku tersenyum..)

Kesian aku mendengar sengala kisahnya. Jangan aku lalui seperti itu,aku tidak mahu muflis diusia muda. Kakak berhutang dengan bank RM 75 RIBU!!! Sampai kehari ini dikerah tenaga nya utk membayar loan yang dia buat di Bank.(Yeee..ini semua akibat jualan langsung @ MLM )Kisahnya kudengar,aku ambil iktibar dengan segala apa yang dia ceritakan. Tapi alhamdulillah kini, dengan segala apa yang dilaluinya,dia telah banyak melalukukan tranformasi dalam hidupnya. Ia berubah kerana Allah,Yeeyyy!..sngat cantik dia bertudung,sangat positif kata-katanya,nampak sangat muda mukanya walaupun usianya menjangkau 40-an. "Akak,langit tidak selalunya cerah,Allah menduga,Allah menguji orang-orang yang sabar. Betapa besarnya hikmah disebaliknya. Alhamdulillah,rezekinya tidak pernah putus, duit sentiasa ada untuk segala benda termasuk membayar pinjaman loan itu. Aku tahu,dia masih gigih mengumpul segala cerita untuk dikongsi bersama aku. Entah kenapa dari dulu lagi aku memang tidak berminat untuk tahu perihal-perihal jualan langsung ini atau MLM,apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya. Mungkin betul,ada yang berjaya,ada yang kaya dengan menyertai jualan langsung ini,tapi bukan semua orang adalah sama. Nasib manusia berbeza,gigih engkau berusaha,maka engkau berjaya, Gigih engkau mengeluarkan kata-kata tanpa usaha,maka tunggu je la,tak lama kelak kau balik berbungkos dan tido je la.( Kakak !!Aku tahu,tapi Tuhan lebih tahu betapa sayangnya dia kepada kamu kakak..) Aku tahu hidup ini,bukan senang nak jadi senang.

Yes!!Thanks kakak for dinner <3

Maaf,kadang-kadang entri aku tidak tersusun katanya. Kadang-kadang otak terfikir banyak perkara lain dan penulisan blog aku menjadi tidak tersusun dan kaku. Mintak-mintak semua yang baca masih hidup bernafas dan senyum.^_^

Rabu, 30 November 2011

Tersenyum

''Sweet words are easy to say, sweet things are easy to buy, but sweet people are difficult to find...
life ends when you stop dreaming,hope ends when you stop believing,love ends when you stop crying,friendship ends when you stop sharing, so share this with whoever you consider a friends...
To love without condition...
to talk without intention... 
to give without reason...
and to care without expectation''


P/S: Kadang-kadang kami touching sesama sendiri,bukan nak tarik perhatian! Tapi sengaja nak bagi tau rindu time buat lawak bodoh,sembang-sembang,kacau orang tue,orang nie..kadang-kadang mereka gula-gula gembira. Saja buat ubat bagi jiwa bahagia.

Kata-kata diatas sekali dari email Haizir Rozin.^_^

Tak Semegah Mana

Amboi kawan,tak semegah mana rupanya percakapan awk!


Pasti korang jugak ada kawan yang berbahasa cantik,yang kononnya setiap tuturnya adalah betul,dan setiap katanya adalah betul,dan setiap penulisannya juga adalah betul,bagai penulisan berbahasa dalam karangan. Aku tidak,aku tulis apa yang aku rasa terjadi didepan mata,aku membaca jika sesedap mata aku memandang. Asal apa yang disampaikan,dituliskan,di olahkan oleh si penulis itu aku faham sudah. Tak begitu??


Pernah tak ada kawan yang selalu mengata orang itu ini,dan bercerita tentang pasal masalah opis la,masalah relation la,masalah kawan-kawan dia lah,masalah dunialah..Ohhh!kadang-kadang rasa mcm nk blah ja kalau ada kawan mcm nie,tapi kesian pulak,mana tak  nya,dia lah yang teraniaya katanya. Semua orang mengambil kesempatan kepada dia. Hai,Kesian pulak!Dah tu,yang awk pulak mengata orang macam-macam boleh pulak,awk susah cari dia jugakkan? Tak ke itu menjilat ludah sendiri! Kawan-kawan hanya ingat awk bila susah je kan?Tapi kenapa mereka ada setiap kali awak jatuh?Itulah gunanya kawan wahai kawan,jangan lah membuat seperti diri awk terlalu naif dan teraniaya, Sedangkan awk yang kata kepada kawan-kawan awk sebelum ini.


Setiakah kita kepada kawan kita?Baikkah kita kepada kawan kita?Salahkah kawan-kawan kita menyukai kawan kita?Cukup loyalkah kita kepada kehidupan kita? Segala apa yang dikata,segala jatuh dan bangun,semuanya berjalan seiringan dengan dan kehendak Dia. Kadang-kadang saya terpaksa faham dengan apa yang awk cuba sampaikan,tapi dalam masa yang sama kadang-kadang awak lupa awk sedang mengutuk,mengkeji orang lain. 
Hidup ini satu kebetulan,kadang-kadang kita terpaksa terima apa sahaja dakwah atau nasihat daripada orang surrounding kita,yang baik kita amalkan,yang tak baik kita campak jauh-jauh.


P/S : Sy fhm minat awk utk berdakwah.Tp bahasa dan approach yg awk gunakan xkena langsung. Awk menghina dan merendahkan org. Itu bkn menambah rsa hormat,sebaliknya awk merendahkan pdgn org terhadap diri awk sendiri. Maaf,awak lebih jahil dri mereka yg awk kutuk tu. Awak sekarang bagai menjilat ludah sendiri.

Rabu, 23 November 2011

Angin Dari Seberang, Ini Mungkin.

Masih lagi berbangga dengan kemenangan bola di Sukan Sea. Syabas Harimau Muda Malaysia. Tapi entri kali ini saya ingin kongsi bersama kawan-kawan disini tentang suara-suara dari Seberang (Indonesia). Hebatnya mentality anak-anak muda Malaysia ini menahan segala serangan,tohmahan-tohmahan,umpat keji dari seberang, tetapi pemain-pemain Malaysia masih lagi tersenyum dan bersabar. Sekali lagi tahniah kepada Harimau Muda kerana kami juga turut merasa bangga dengan kemenangan anda. Mungkin matlamat dan niat mereka jelas,untuk bermain dan membawa kemenangan untuk negara Malaysia. Walaupun kadang-kadang kita sebagai penonton yang menyaksikan perlawan nie kadang-kadang terkutuk,terumpat pemain kita sendiri,tapi bukan niat kita untuk mengata pemain kita sendiri, ini mungkin kita terlebih ambil berat tentang mereka. Contohnya pemain bola Harimau Muda Malaysia Fakhri Saarani,walaupun dia banyak melepaskan peluang yang ada,tetapi dia tetap berjasa kepada pasukannya kerana membawa Malaysia ke peringakat akhir. Kita yang menonton tidak sama rasanya dengan mereka yang bermain diatas padang, situasi ini tidak diduga kadang-kadang oleh pemain. Walau bagaimana pun, ibu segala pingat yang direbut-rebut oleh Indonesia telah menjadi milik Malaysia. Tahniah..tahniah...tahniah...

Jom aku sharing 1 penulisan dari blog warga seberang.

Sepulang dari kantor kemarin, saya menyaksikan suatu fenomena yang luar biasa, trotoar-trotoar jalan penuh oleh kendaraan bermotor yang diparkir. Si empunya motor asyik nglesot di lesehan pinggir jalan yang dipasang layar tancap. Cafe-cafe penuh dan jalanan lenggang, Garuda muda akan melawan Harimau Malaya. Pertandingan sarat emosi, dendam kesumat dan kebencian. Teriakan-teriakan Malingsia dan Ganyang Malaysia bergema. Warna merah mendominasi pandangan mata, di udara sangat terasa hawa keoptimisan bercampur kebencian pada negeri Jiran. Inilah final impian dimana mayoritas masyarakat Indonesia sangat ingin melihat pasukan Garuda Muda menjungkalkan Harimau Malaya.

Pertandingan pun berlangsung, decak kagum bergumam melihat kecepatan para pemain garuda muda khususnya para pemain-pemain dari pulau Papua. Dan gol cepat pun terjadi, suasana menjadi riuh rendah, teriakan gol bergaung, rasa puas merasuk ke jiwa penonton. Lalu penantian gol kedua pun bergelora, detik demi detik, menit demi menit tapi gol kedua yang ditunggu tak kunjung datang, malah pasukan Harimau Malaysia mampu menyamakan kedudukan. Serangan dari tuan rumah tak berhenti, umpatan dan cacian silih berganti menemani pertandingan. Wasit, hakim garis, pemain, pelatih lawan tak lepas dari hinaan dan umpatan. Hingga beberapa gol yang diciptakan tak mendapat pengesahan makin tinggi tensi permainan makin gemes penonton. Pertandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindukan oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur.

Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.

Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”. (22/11/11)- http://olahraga.kompasiana.com

P/S: Mungkin benar apa yang ditulis oleh penulis dari seberang ini,Sifat dendam dan kebencian akhirnya memakan diri mereka sendiri. Malah mungkin doa orang yang teraniaya mudah dimakbulkan oleh Tuhan. Menang kalah adalah adat dalam pertandingan,terimalah dengan redha, dan pupuklah sikap hormat pada orang lain,kalau kita mahu diri kita dihormat.


~To get it,You must give it~




Selasa, 22 November 2011

Ragam Manusia

Hebat Malaysia Hebat...Puas rasanya menyaksikan perlawan bola antara Malaysia & Indonesia.
Paling seronok kalau tengok tv sambil baring-baring tanpa gangguan. Owhhh!Lupa pulak,bagi penyewa-penyewa yang bakal mengisi kekosongan umah saya nanti, saya nak ingatkan kalau boleh bawak lah harta benda sendiri...kalau boleh tempat panaskan air, pinggan mangkuk,mesin basuh,Tv, dan kalau boleh dapur sekali! Sebab aku takut korang lupa korang datang sehelai sepinggang je! Owhh,manusia memang selalu berbuat jahat dengan orang,tetapi tidak malu menggunakan harta benda orang lain. Pergi la cari kayu hidupkan unggun api! Alahai ragam manusia~ 

Tuan Rumah, jangan lah ambil balik rumah tue.): sobsobsob...

Tahniah sekali lagi pasukan bola sepak Malaysia, kami juga turut berbangga!
Bola sepak menyatukan semua negeri-negeri dalam Malaysia dan kaum-kaum di Malaysia..
Aaaaummmmmm~


hensommm2..kehh3..

Isnin, 21 November 2011

Kena Kerja Keras Beb!

Entri kali nie,aku nak kongsi sedikit dengan kawan-kawan tentang kesian aku pada Si Dia. Kesian aku pada si polan ini bukan disebabkan apa-apa, disebabkan semakin hari dia semakin ditinggalkan oleh kawan-kawannya, Alahai..kenapa jadi macam nie agaknya? Semakin kita mengejar kesempurnaan,sampai mati pown akan hidup dalam kekurungan. Semakin Si Polan ini di beri nasihat,diberi teguran semakin lantang pulak dia bersuara. KESIAN KAU!!

Jom bersituasi mencari pasal.

Alkisahnya pada yang nak tahu dan nak tahu lagi.(Kau baik,tapi dalam hati bengang dan tak puas hati,hye jangan hey!!merosak diri.kan kesian kau orang dah benci.)

A- Alamak...aku tak nampak la wall dia.ishhh!!tak bole jadi nie.
B- Siapa-siapa?(Amboi kau bedah,sibuk sngt hal rumah tangga orang)
A- Ceee cuba ko tngok Si Kacak tue punya FCBK kat wall ko?nampak tak apa dia updated ..
B- Tak nampak la beb!!asal2..cee story sikit.

( Cerita la Si A yang penuh ilmu didada nie kepada Si B yang naif,yang tak tahu apa-apa nie!Si B nie pown termakan kata,maklum lah..dengar cerita sebelah pihak je!Jom Si B kita stalker Si Kacak nie punya blog. Si A & Si B nie pown cari punya cari,jumpa la blog Si Kacak nie,Amboi!Si Kacak tue tak kata apa pown,tapi Si A nie menyalak mcm tak tentu hala. Tanpa segan silu Si A nie mintak Si B nie tolong jadi stalker dia, Si B nie pown comment la yang pedas-pedas..ntah apa yang di comment pown,Si Kacak tue tak tahu. Yeee la, entri Si Kacak nie tulis lain, Si B nie pulak comment ntah apa-apa yang dia emosikan pown tak tahu!Tapi yang herannya,dia tahu mcm-mcm Si Kacak nie buat apa,keje apa,ada boifrend ke tak ada & mcm-mcm lagi!Alahaaaai la Bedah,tak pasal-pasal ko jadi terlibat sama mencari dosa. Sedar tak tue,berdiri dimana,duduk dimana? 

P/S: Untuk membuat Si Kacak itu sakit hati, membuat orang membenci Si Kacak itu,kena kerja keras beb!! Setakat comment dan menabur fitnah je tak cukup!(Lupa..mungkin Allah melindungi orang-orang yang teraniaya)


Kadang-kadang tak tahu macam mana nak menyedarkan orang macam Si A & Si B nie, mencemburui kawan sediri, Orang-orang seperti ini sentiasa merasakan dialah yang paling terbaik dan akan gelisah kalau kawan dia mendekati kawan lain, dan gelisah jika ada yang lebih dari dia. Paling hina sekali rasanya, orang-orang seperti ini pandai cakap je,pandai nasihat je,tapi tak sedar dia pown tengah melakukan sama! Dia lupa mungkin hasad dengki itu boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah memfitnah,pergaduhan,penghinaan,putus sillaturrahim dan lain2. Namun demikian kalau korang pernah mengalami situasi macam nie,dicemburui kawan korang,difitnah kawan korang, tanpa korang tahu apa salah korang, abaikan je orang-orang macam nie!!Sebab sebenarnya dorang tengah menyakitakan hati dorang sendiri. Tak gitu Si A & Si B.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim). Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu.


P/S: Aku senyum nampak gigi, Kau mula sakit hati.(Aku suka!!) Alahai kawan! Belajar bertingkat-tingkat,jangan lah bangang kau pown bertingkat-tingkat. Hasad dengki pemusnah kebaikan.

Fasa-Fasa Yang Berjaya.

Hye uolls..Entri kali ini saya nk kongsikan tentang kata-kata dari golongan terdekat dengan saya yang berjaya menjadi jutawan muda. Niat dan matlamat mereka ini mungkin jelas dalam setiap fasa kehidupan yang mereka lakukan. Mereka bukan dari golongang yang hangat-hangat taik ayam dalam melakukan bisness,memaksa kawan-kawan join itu ini, berhujah pompang-pompang soal itu ini,macamlah mereka itu benar-benar berjaya tapi sebenarnya tak ada apa pown!!Dan akhirnya habuk pown takda. Jom aku share sedikit kata-kata dari mereka yang aku kenali.


Ini Cerita dari golongan yang salah caranya,dan dibenci.( Malang tidak berbau)

Ini adalah cerita-cerita kosong di hari jumaat lepas,sehingga aku tertidur diatas kerusi,aku tak tau la akibat kebosanan atau pown terlalu penat mendengar!hahahha.( Ada kawan-kawan lama yang membenci kawannya sebab memaksa kawan-kawannya join @!#$%~&^%. Pernah tak korang jumpa kawan-kawan korang yang sertai bisness MLM atau seangkatan dengannya memaksa korang join dia. Aku ada pengalaman ini, dah la Si N nie ajak kawan-kawannya utk join bisness ini dengan cara yang salah,amboi!!cakap nk angguh jeee, dah la memaksa pulak,macam mana aku nk join! Dia pown tak improve apa yang dia cakap,lagi nk paksa orang lain. Mesti korang ada kan kawan-kawan yang buat sesuatu kerja hangat-hangat taik ayam nie kan. Akibat kes ini ada dikalangan kawan-kawan Si N ini boikot Si N nie,taknak berjumpa dengan Si N nie,dan mcm2 lagi kisah yg aku dengar. Bagi aku simple,mungkin cara penyampaiannya tidak berkesan,atau medium yang dia gunakan tue salah.(Apalah nasib Si N dibenci kawan-kawan sekolahnya.). Kesian bukan! Kata kawan-kawan kepada Si N yang tidak berapa nak berjaya nie, usaha lagi perbaiki diri,jauhi sifat hasad dengki. Jangan mulut bermanis kata,tapi hati penuh dengan iri hati atas apa sahaja kejayaan atau kegembiraan orang lain. Jadi Jutawan ke dengan burukkan orang lain utk kegembiraan diri sendiri.




''Yang berjaya melawan segala perasaan takut,dan melalui fasa-fasa kehidupan dengan ikhlas tanpa bersangka buruk kepada insan lain, yeee!! anda berjaya memikat hati saya" 

 Wan Azmi Wan Ahmad

P/S: Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak arah tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
( Dia tersenyum bangga nampak gigi,sebab gambar dia ada kat sini, Bayar ok!bukan percuma adik promosi)



Wany Nordin

P/S: The key to happiness is having dreams. The key to success is making your dream come true.
( Amboi wany berseri-seri muka,produk muka apa wany pakai eh? hahahah! U cantik dengan begini. Ehmm,tak mintak apa,kenny rogers je!!ok DEAL~ ) 


Neddie Kamal.

P/S: Never underestimate the power of your subconscious mind."Your life is not just about you. It’s also about contributing to others. It’s about living true to your mission & reason for being here on this earth at this time. Most people are so stuck in their egos that everything revolves around me, me, and more me. But if you want to be rich in the truest sense of the word, it has to include adding value to other people’s lives."
__________________________________________________________________________________

P/S: Bagi mereka,segala kerja yang ikhlas bersertakan niat yang betul,akan memberi pulangan kepada mereka. Yang penting kata mereka,jangan sesekali mempunyai hasad dengki kepada orang lain. Walau macam mana pown berjaya mereka,mereka juga hamba Allah seperti orang lain dan mereka sentiasa  bersyukur dan mengucap alhamdulillah dengan segala apa yang mereka miliki sekarang. 

Khamis, 17 November 2011

Topeng

Kalau dulu engkau kawan-kawanmu Takzim
Mungkin engkau disenangi dan disayangi..
Jangan engkau menjadi Zindik.
Menjadi diri yang segalanya sempurna

Biar fuadnya bersih,kelak ramai yang sayang,
Kenapa engkau membongkak diri
Angkuh engkau tidak disenangi
Biar diri berpijak dibumi.
Tidak mati merendah diri.
Tentu ramai yang menyayangi.

Engkau juga menunding jari
Bercura pada yg tak disenangi
Salah caramu itu,Jangan cuba kau ulangi.
Biar aku menegur disini.


Takzim-Amat hormat atau penuh hormat
Zindik- Orang yang imannya terpesong
Fuadnya-Hatinya
Bercura-mengeluarkan kata-kata keji

p/s- Betul,di akhir-akhir ini,ramai yang kita boleh nampak,munculnya manusia-manusia yang berlagak baik,menggunakan kata-kata Allah pada cara yang salah.( Ingat tak pada cerita TV3,episod akhir, Tahajud Cinta). 

Ini Memang Realiti O.K


Ini Benar.

Pernah tak korang terjumpa lelaki yang perangai sedikit keji atau macam lahanat.Sikit la perangai lahanat dia,tapi aku tak nak la judge lebih2. Sebab aku baru kenal dia je!
Jom aku kongsi apa msg lelaki ini.

Msg L- Jom keluar,i amik you k
Msg P- Taknak la,Bf i tak bg,lagi pown you ada gf jgak kan.
Msg L- I mana ada gf, I kawan je k dengan perempuan tu.

Dalam hati aku,macam haram jgak lelaki nie,ckp dia takda gf..padahal aku kenal gf dia. Gf dia punya la beria kalau sembang pasal Lelaki ni.!!grrr

Msg P- U ni,tak baik tau tak mengaku,sian gf u!
Msg L- Laa,i cakap benda yang betul,baru proses kenal mengenal.
Msg P-U nak gf yang mcm mana lagi,i tngok baik je girl tue?
Msg- I nak yang mcm u kalau bole la tak. Tapi kalau lagi bole kan..nak  yang cantik,baik,pandai dan putih,yang penting muka tak ada jerawat.
Msg P- Awat gf u sekarang tak baik ke? Tak cantik ke?
Msg L- Gf i..errr!bole la.tapi muka dia ada JERAWAT. I kalau bole nak cari gf yang pandai menjaga penampilan diri.Bukan sebab i memilih rupa, i nak dia sentiasa bersih dan jaga personaliti!

Ehmmm..aku nak cakap apa eh!!nie dasar lelaki lahanat yang memilih rupa ke apa?Aku mcm nak bagi sedas dua ja!kalau ikot mulut keji aku nie la...,nak je aku  sound,tapi malas la pulak. Bukan dia mengata aku pon.

Msg L- U pakai produk kecantikan apa eh?
Msg P- I tak pakai apa, bedak compact pown i tak pakai.I pakai bedak baby.ehehehe(haram J!ada jgak lelaki mcm ni eh!!!)
Msg L- Oooo..yeke!bgus u ni kan.
Msg P- Takkan pasal Gf u ada jerawat je kot u taknak kat dia.
Msg L- Tue salah satu nya jgak, banyak perkara yang kami tak bole berbincang,banyak pendapat saya yang bertentangan ngan pendapat dia.
Msg P- Pemahaman itu bole dicari la !!
Msg L- Saya tetap taknak,sebab dia selalu cakap meninggi diri,dia je betul.Dia selalu buat saya macam orang yang tidak ada apa2..Dia jugak tak hormat dekat saya. Dan dia taknak perbaiki diri dia.Dia ada JERAWAT dan tak cuba untuk menjaga penampilan dia.

Bodoh betul punya lelaki..Aku nak gelak pon ada,aku tak tau la..sapa yang malang!Perempuan tue ke,atau lelaki tue.Hahahha,atau aku yang malang sebab terjebak sama tahu!

Ye, Entri ini benar..lepas kemarin saya jumpa lelaki itu dan saya kenal gadis itu,Owhh !!malang betul gadis tu,dah la ditinggalkan,buruk pulak perangai dia!Kalau ikut mulut puaka aku nie, nak je aku bagi tau lelaki tu, better u find 1 girl yang u rasa boleh hormat u,itu yang penting rasanya.Tapi kalau dah jodoh apa salahnya..doa yang baik-baik je la dalam perhubungan.

Lelaki itu pon ada salahnya jugak,bukan betul 100%. Yang salah nya,apa masalah ko kalau dapat Gf ada JERAWAT,comey apa..kata orang-orang diluar sana,pemanis muka.
Lupa nk bg tau, Si lelaki ini semamang nya kacak ok!kacak bergaya dan ada rupa,bole dikatakan menjadi kegilaan ramai seperti Faizal Tahir!!

p/s: macam mana tue,nak salahkan sapa dalam cerita nie!hahahha..nak salahkan JERAWAT ke apa?aku rasa salah aku,sebab p layan cerita bodoh yang takda kena mengena ngan hidup aku,BF aku mesti gelak ja..Motifnya,tak kira la muka ada JERAWAT ka,parut ka,panau ka yang penting hati mesti baik. 1. yang aku belajar dalam kisah ini, lelaki paling benci kalau perempuan,tambah-tambah awek dia over sangat cerita hal orang lain,dan merendah-rendahkan dorang. 2.Lelaki juga paling tak suka kalau perempuan tu asyik nak up diri dia ja bagus,dan tak reti nak merendah diri.3.Jangan tunjuk diri seperti individu yang terlalu sempurna dan mempunyai 2 personaliti berbeza,yela..depan Bf punya la hebat,tunjuk terror,cantik dan semua lah kau!blakang mcm haram.

p/s:Kalau korang nak tau lelaki @ BF dan seagkatan dengannya,boleh terima korang seadanya ke tidak,jadilah diri korang sendiri.( Aku dari KL  balik Peneng pakai seluar track sukan,dengan T-shirt bodoh tue je dari rumah ke Puduraya ,dah bnyk kali aku buat mcm nie kalau aku balik kampung dan BF aku pickup..Aku tak tau la apa dlm hati dia,tapi dia pon slumber je bawak aku p mkn MCD dan jalan2 mcm tue,kira ok la tue...hahhaha)-











Selasa, 15 November 2011

Permata Segala Didunia

makkkkk...cepat senyum!!


mak..buat mulut muncung!!
p/s: nasib aku tak kena cubit semut ngan mak aku..hahahhahahahaha


Lelah mata memandang sayu,
                                    Buai malam dipeluk ibu,
Terbuka tangan dengan kasihmu,
                                    Walau beban terpikul dibahu.

P/S:- Untuk aku,engkau ibu adalah segalanya.Terima kasih menjadi pendengar,kawan dan ibu untuk selama didunia. Terima kasih banyak-banyak menjadi tempat bersandar sementara aku dan ibu ada. I love you!!

Tin Kosong Berbunyi

Berputar menari,Berhujah berdiri
Menyatu kata mendabik dada berdiri
Cantik bagai bunga
Malangnya semuanya fana
Tidak seindah kata dalam bahasa

Terduduk kamu didepan cermin
Mungkin memikirkan sejenak drama
Tak ada yang lebih arif
Bersembunyi dibelakang kata
Bercakap gunakan otak
Malang tidak berpasak
Lupa bumi dipijak

Carilah engkau tempat berteduh
Jangan kawan meradang menerjang
Walau lelah engkau bersujud
Takut diri tenggelam timbul
Ditinggal sang semua.

Biar! Biar!Biar!
Lalu ditunduk kepala
Biar sendiri tahu untuk apa disembunyikan sedikit perkara.
Jalan berbunyi kuat,Tapi kosong belaka.
Ohhh...malang.